Agak lama aku menyepikan diri dari menulis dalam blog ini. Bukan merajuk tetapi sebenarnya aku terlalu sibuk dengan tugas-tugas semasa. Lagipun aku juga sibuk menulis. Aku sedang berjinak menulis novel. Kalau ikut perancangan sepatutnya dan siap manuskrip awal tapi tertangguh disebabkan kesibukkan yang amat. Sekarang baru ada kelapangan sedikit. Untuk itu aku akan tunaikan janji untuk mengakhir cerita Tok Su ini....
Sambungan...
Malam kian larut. Hujan seolah-olah tidak mahu henti berguguran dari langit. Suasana semakin dingin dan sepi. Seperti yang dijanjikan pak imam memulakan bacaan yassin manakala yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Rumah Tok Su yang betul-betul di lembah kampung itu sedang dinaiki air. Mereka yang di dalam tidak sedar akan perkara ini. Guruh pula tidak malu-malu menghambur kemarahannya malam itu.
Dalam kegelapan malam dan suasana itu tiba-tiba dari hujung mata Tok imam itu dia terlihat pergerakan mayat yang ditutup dengan kain batik jawa. Bacaannya terhenti. Ahh tak mungkin. Sekadar ilusi bisiknya. Baru hendak dia meneruskan bacaan secara tiba-tiba tangan mayat tadi tidak semena-mena memengang lututnya. Dalam terkejut Tok imam tenang. Dia meletakkan kembali tangan mayat itu ke dalam kain batik yang menutup mayat tadi. Dia bingkas bangun. Ini tak boleh jadi, besar sungguh dugaan. Segera dia mengejutkan Tok Bilal. Dia meyuruh Tok bilal bangun sebab masa untuk mengaantikan tempatnya membaca yassin. Terkebil-kebil orang tua itu bangun.
" Aku nak pergi ambil air sembahyang dulu.." Kata Tok Bilal. Pak Imam hanya mengangguk. Dia tidak bercerita tentang kejadian tadi. Bila Tok Bilal ke bilik air segera dia mengejutkan anaknya.
"Jom balik.." Bisiknya.
"habis yang lain?" Tanya anaknya.
" Aku kata balik..balik la..." Tegas Tok Imam dalam berbisik. Anaknya segera mengikut bapa di muka pintu. Bila mereka mencecah di tanah air sudah naik ke pangkal peha.
Sebaik sahaja Pak Bilal kembali ke ruang tamu dia melihat mayat dah hilang! Kelibat Tok Imam dengan anak juga tidak kelihatan. Apa lagi buka langkah seribu. Pintu terkopak diterjah Tok Bilal kerana terkejut bunyi bising Ketua kampung terjaga. Bila dia melihat Tok Bilal terjun ke tanah dari atas rumah dia secara tiba-tiba menjerit memanggil Tok Bilal. Tambah terkejut bila dia lihat mayat dah tiada. Entah kenapa tiba-tiab dia mendonggak ke atas dan alangkah terkejutnya bila dia melihat mayat tadi sedang memerhatikanya dari alang rumah. Seperti Tok bilal dia terus terjun dari rumah. Rupanya air dah naik ke takat pinggang. Ketua kampung terlupa sahabatnya Tok Siak di atas rumah.
Kesudahan cerita:
Tok Imam dikritik hebat kerana lagi meninggalkan kawan-kawannya.
Tok Bilal telah dilantik menjadi Tok Imam kerana orang kampung hilang kepercayaan dengannya.
Ketua kampung memwariskan cerita ini hingga ke anak cucu dan dia semakin popular selepas kejadian ini dan hampir-hampir menjadi wakil rakyat.
Anak Tok Imam sampai hari ini tak percaya dengan cerita ini.
Tok Siak demam panas selepas kejadiaan ini dan tidak bercakap dengan Ketua Kampung, Tok Bilal selama setahun lebih.
Mayat Ayah Tok Su ditemui oleh orang kampung dalam keadaan berdakap dengan Tok Siak!
Wednesday, June 20, 2007
Friday, April 27, 2007
Tok Su Bahagian I

Semasa aku di tingkatan enam rendah, aku cukup suka pergi ke pasar malam Kelang Lama. Setiap hari khamis petang aku dan Pian Teloq akan memanjat pagar untuk ke pasar malam. Bukan untuk membeli tetapi entah kenapa aku pun tidak tahu. Mungkin untuk menghilangkan kebosanan di asrama. Pasar malam ini jarak dari asrama aku tak sampai dua kilometer. Selalunya aku, Pian Teloq, Art Victor kadang-kadang Jebo akan pergi melepak di pasar malam itu dan selepas itu kami akan tertumpu di kedai permainan video games di pekan tersebut.
Pian Teloq? Art Victor? Jebo? Memang gelaran yang pelik. Art adalah sempena namanya Azhar dan Victor pula sempena rumahnya di Ladang Victoria, Padang Serai lalu kami singkatkan gelaran Victor. Sekarang Art Victor berkerja sebagai MA di sebuah hospital kerajaan di Kedah. Manakala Jebo pula kerana sebutan Sarajevonya berbunyi Sarajebo nama sebetulnya Azril. Dengar khabar Jebo berkerja di sebuah kilang terkenal di Bayan Lepas sebagai Pengurus Pentadbiran di sana. Pian Teloq pula mendapat gelaran kerana semasa tingkatan tiga sewaktu kelas sains. Dalam makmal sains sewaktu belajar bab pembiakan manusia, Cikgu Arfah bertanya kepada Pian, apakah nama untuk yang menghasilkan sperma bagi manusia. Pian yang ketika itu sibuk melukis motosikal Harley Davidson di sebelah aku terkejut kerana leka. Dia terpingga-pingga lantas bertanya aku apakah jawapannya memandangkan dia tidak mendengar soalan. Aku memberi jawapan sambil berbisik kepadanya telor.
Dia dengan tidak teragak-agak menjawap dengan kuat ” Teloq Cikgu...” Lantas berderai satu kelas ketawa dan sejak itu lekatlah Pian Teloq sampai hari ini. Nama sebenarnya Sufiyan. Dia sekarang berkerja sebagai juru ukur di sebuah syarikat di Pulau Pinang.
Pada suatu petang semasa aku dan Pian Teloq melepak di pasar malam tersebut. Tempat lepak kami selalu di gerai menjual apam balik. Sebab yang jual apam balik kawan aku. Aku kanl dia semasa kami sama-sama wakil bola sepak daerah, di daripada sekolah lain. Tiba-tiba muka Piaq Teloq pucat lesi, dia terus menarik tangan aku untuk segera beredar. Aku jadi panik takut-takut warden yang Pian Teloq nampak. Aku yang sedang menghisap rokok ketika itu kelam kabut membuang rokok itu. Takut kantoi dengan warden asrama.
”Kenapa Pian?” Tanya aku setelah jauh kami beredar dari gerai Mat tadi.
”Tak ada apa-apa...” Muka Pian Teloq masih pucat.
”Cikgu Mat Sulung lalu ke?” Aku masih tak puas hati.
”Bukan...ahhh..nanti aku ceritakan di asrama...” Aku terus hilang mood untuk melepak di pasar malam dan kami bergegas pulang.
Keesokkan hari baru dia mahu bercerita itupun setelah aku ugut untuk lemparkan dia di dalam kolam sebelah rumah warden. Kolam yang sungguh busuk baunya (tempat kami menghumban sesiapa yang menyambut hari lahir).
Pian teloq bercerita yang dia terserempak dengan Tok Su semasa di pasar malam. Aku hairan takkan kerana Tok Su pun dia nak takut. Lalu dia mula membuka lembaran sejarah Tok Su.
Katanya Tok Su ketika muda memang lawa. Seingat dia Tok Su nih dah berumur lebih daripada 90 tahun dan dia tidak pernah berkahwin. Aku mula faham mukadimah cerita Pian Teloq. Ini mesti cerita misteri. Dia menyambung lagi ceritanya.
Katanya ayah Tok Su ini membela hanturaya sebanyak 44 ekor! Ayahnya kata ketika remang remang senja ketika kilat sambung menyambung bila cahaya kilat memancar maka mereka yang lalu di tepi rumah Tok Su akan dapat melihat dan mengira bayang-bayang hanturaya tersebut. Ayahnya bercerita kepadanya kejadian ini terjadi sekitar tahun 60an. Ketika itu musim hujan. Maka gemparlah kampung itu bila mendapat tahu ayah Tok Su sakit tenat. Sudah dua bulan terlantar di atas katil. Maka emak Tok Su memanggil imam dan ketua kampung untuk membaca yasin. Siapa yang berani? Hanya lima orang yang berani ke rumah Tok Su. Tok Imam, Tok Siak, Tok Bilal, Ketua Kampung dan anak Tok Imam.
Ketika mereka sampai ke rumah tersebut, mereka lihat ayah Tok Su betul-betul nazak di kelilingi oleh anak beranak. Tok Su ada dua beradik sahaja, dia dan abangnya. Ketika itu ayah Tok Su memengang tangkal di tangannya. Bau sudah begitu busuk. Mereka yang datang sudah tahu yang ayah Tok Su sebenarnay telah meninggal dunia. Akhirnya kerana tak snggup melihat ayahnya menderita, Tok Su dengan rela hati mengambil tangkal tersebut. Dengan itu ayahnya terus menghembus nafas.
Hujan makin lebat. Hari kian gelap, mahu tak mahu. Mereka terpaksa berpakat untuk mengebumikan esok pagi. Maka bersepakat mereka untuk membacakan yasin sepanjang malam. Emak Tok Su, Tok Su dan abangnya menyediakan keperluan mereka berlima. Air Kopi dan sedikit biskut. Mereka meminta izin ke rumah abangnya yang terletak tidak jauh daripada rumah Tok Su dengan alasan ingin memberitahu orang kampung tentang kematian ayah Tok Su.
Menjejak sahaja dinihari mereka mula membuat undian untuk membaca yasin, mengikut cabutan Ketua Kampung akam membaca dulu diikuti Tok Imam dan lain-lain. Ini kerana mereka ingin tidur sekejap almaklum usia dan tua dan tak mampu untuk berjaga malam.
Maka bermulalah episod ngeri mereka malam itu.
(bersambung...)

Friday, April 13, 2007
Tandas Perempuan Tingkat 13 Menara ITM

Bila membaca cerita Indera teringat aku satu kejadian di ITM. Ketika itu aku semester empat (part 4). Pada malam kejadian itu seingat aku yang terlibat aku, Gojem, Arol dan Pian sedang membasuh motosikal. Kerana aku menumpang Gojem dan Pian menumpang Arol ke School nak mahu tidak mahu terpaksa kami menolong Arol dan Gojem.
Selalunya kami membasuh motosikal di tingkat 13, tandas perempuan selepas kelas Asian Politik. Disebabkan sukar untuk membasuh motosikal di kolej kerana selalu dimarahi oleh RS. Mana tidaknya membasuh motor di dalam tandas. Lagipun selepas kelas malan di tingkat 13, tiada siapa yang akan berlegar di level tersebut. Ini memudahkan kami untuk membasuh motosikal (dah tidak ada orang yang marah).
Sehingga pada suatu malam, tak silap aku dalam pukul 12.30 pagi (kelas selalunya habis pukul 11.30 malam). Ketika itu aku sedang melepak ditepi pintu sambil menyedut rokok (cover line). Aku terdengar bunyi orang berjalan di tingkat 13.
”Jem... aku dengar bunyi orang la...” Aku menyapa Gojem yang tengah mengelap cermin sisi motornya.
”Iskh siapa pulak...kalau pak guard, diorang takkan naik waktu nih.” Gojem mula cuak. Selalunya pengawal keselamatan akan meronda sekitar 11.30 malam ketika habis kelas Asian Politik. Arol tidak puas hati. Dia mengajak aku untuk mengintai siapakah gerangan manusia yang berani naik ke tingkat 13 selain kami.
Perlahan-lahan pintu tandas kami buka. Dari lobi lif kami bergerak ke pejabat Dekan. Tiada tanda-tanda manusia yang lalu.
”Kau nih perasan la Zam, buat aku meremang je...” Marah Arol. Sumpah! Aku dengar tadi. Suasana di tingkat 13 memang gelap hanya lampu pejabat dekan dan lobi lif sahaja yang dibiarkan menyala. Memang menyeramkan suasana tersebut. Kami segera bergerak balik ke tandas.
”Siapa tadi?” Tanya Pian.
”Zam nih perasan kut...” Balas Arol. Gojem hanya mencangkung memerhatikan kami.
”Jom balik a...” Gojem mula merengkek. Aku tahu dia dah berapa selesa dan mungkin takut. ”Aku tak sedap hati a..” Sambungnya lagi. Tiba-tiba terdengar bunyi orang membuka pintu. Aku pasti bunyi itu dari pejabat Dekan. Semua kami memandang sesama sendiri. Kami bergegas ke pintu tandas. Terdengar bunyi derapan kasut orang sedang berjalan dan semakin kuat ke arah tandas.
”Aku dengar dulu tandas ini ada orang maaa...” Kepala Gojem aku ketuk.
”Mulut jangat celupar!” Bisik aku. Kami mendiamkan diri. Bunyi kasut itu semakin kuat ke pintu tandas. Aku meniarap memerhatikan dari celahan di bawah daun pintu. Satu kelibat bayangpun aku tak nampak. Bila aku bangun, aku perhatikan Gojem sudah pucat lesi. Ada percikan peluh dinginnya di dahi. Tiba-tiba bunyi itu berhenti betul-betul di pintu tandas. Bulu roma ku mula meremang. Aku tahu, kawan-kawan aku berdoa agar ’mahkluk’ itu tidak menerpa masuk ke dalam tandas.
Aku mencapai kayu mob yang ada di tepi pintu sebagai senjata terakhir. Gojem dan Arol mengeluarkan spana manakala Pian bergerak perlahan-lahan masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas daripada dalam. Ketika itu aku berdoa agar ’makhluk’ itu segera beredar daripada depan pintu tandas. Suasana menjadi betul-betul sunyi sepi, yang kedengaran oleh aku kumat-kamit mulut Gojem membaca entah serapah apapun aku tak tahu.
Entah macam mana bunyi tapak kasut tadi kedengaran mula beredar ke arah lain. Semacam lega perasaan aku.
”Ok kita keluar perlahan-lahan ke lif..” Bisik aku kepada mereka. Aku membuka pintu. Perlahan-lahan aku menjengok kepala keluar. Hendaknya tiadalah ’mahkluk’ itu. Doa aku termakbul. Apa lagi, dengan segala kudrat yang ada kami menolak motor dengan laju ke arah lif. Pesanan tadi sudah diabaikan. Harap-harap lif segera terbuka. Tiba-tiba bunyi derap kasut tadi berbunyi lagi. Alamak! Semacam berlari ke arah kami. Ting! Lif terbuka. Kami menolak motor dan menutup lif dengan segera. Mata aku pejamkan. Tak sanggup melihat ’makhluk’ itu. Bunyi itu semakin dekat. Aku semakin panik, namum mata aku tetap pejam. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini. Aku mula berdoa. Seraya pintu lif tertutup, aku terdengar satu pekikan yang mengerikan.
”Jangan lari!” Lantas mata aku terbuka. Bukankah itu suara Dekan?
Esoknya aku, Gojem, Pian dan Arol dipangil menghadap Dekan atas kesalahan membasuh motosikal di tingkat 13, Menara ITM. Rupanya Dekan datang untuk mengambil kertas kerja seminarnya yang tertinggal. Beliau juga merasakan apa yang kami rasa. Berderau darahnya bila dia mendengar bunyi air sangkanya melimpah di tandas perempuan tersebut. Bila beliau menghampiri tidak pula kedengaran bunyi air. Bila aku tanya kenapa tidak masuk ke dalam tandas.
”Gila! Awak ingat saya ni berani sangat ke?” Jawapnya sambil ketawa. Kami didenda oleh Dekan dengan membasuh keretanya selama sebulan. Selepas kejadian itu kami tidak membasuh motosikal di tingkat 13 lagi. Taubat dah......

Tuesday, April 03, 2007
Rahsia
(gambar ini tiada kena mengena dengan cerita!)Rahsia? Siapa yang tidak pernah berahsia. Aku? Memang banyak rahsia yang aku simpan. Sejak dari sekolah menengah lagi banyak rahsia yang aku simpan dan sedikit demi sedikit terbongkar. Paling terbaru, rahsia aku dengan rakan-rakan memecah masuk ke bilik guru untuk mendapatkan soalan bocor ketika aku tingkata tiga dahulu. Memang kecoh ketika itu sampai pengetua membuat perangkap tetapi terkena kepada orang lain. Rupanya sahabat yang bersengkongkol dengan aku terbuka cerita dengan Cikgu Zaiton yang kini menjadi rakan sepeguruannya di sebuah sekolah sekitar Kulim, Kedah. Kecilkan dunia?
Cuma rahsia ini belum terbongkar. Hanya aku, Arol dengan Akeem sahaja yang tahu. Rahsia seorang yang bernama Chip! Bermula kisahnya disebuah rumah sewa di Shah Alam ketika aku masih bergelas seorang mahasiswa. Ketika itu aku menjalani sessi praktikal di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Praktikal kami semasa semester kelima pengajian. Semasa menjalani praktikal kebanyakkan kami dibekalkan oleh tempat praktikal dengan telefon bimbit untuk memudahkan kerja kami. Enam bulan lamanya. Ketika itu sesiapa yang mempunyai telefon bimbit boleh dikatakan hebat. Almaklumlah telefon bimbit ketika itu barang mewah.
Pada petang ahad, Akeem telah pulang ke rumah sewa dennga bangganya dia menunjukkan telefon bimbit yang diberikan oleh tempat praktikal kepada aku.
”Zam, canggih tak tepon aku nih?” Dia kemudian duduk sebelah aku diruang tamu ketika aku tengah membaca komik Pedang Setiawan yang baru aku dapat rebut daripada Man BM (Bukit Mertajam). Rakan-rakan serumah lain sibuk dengan assingment masing-masing ada juga yang berdating.
”Waseh...sempoi beb!” Aku teruja melihat telefon model Motorola Flip terbaru itu (kalau sekarang malu aku nak pakai). Aku terus membelek.
”Kau ada no telefon Zara tak?” Tiba-tiba Akeem bertanya.
” Ada, kenapa?” Telefon tadi mula bertukat tangan kembali kepada tuannya.
”Aku ada hal dengan dia la....nak tanya pasal program hari keluarga school kita sem depan.” Ah lagak Presiden Kelab masih terbawa-bawa ngomel aku.
”Nah...” Aku memberikan nombor tersebut. Akeem terus mendail dan menghubungi Zara. Zara ialah rakan sekelas aku semasa di ITM. Aku dan dia jarang berkomunikasi, mungkin sebab aku yang terlalu ‘peramah’ dan amat nakal semasa di ITM.
”Hello... Assalamualaikum...Akeem nih...” Aku mendengar perbualannya.
”Hah? Tak percaya? Akeem ni...ok..ok..saya Chip...mana dapat nombor ni? Ala Zam yang bagi...tak percaya tanya Zam....Alamak dia off la pulak...” Akeem mengeluh.
”Oii...apsal kau tipu budak tu?” Aku tak faham.
”Dah aku cakap betul-betul dia main-main pulak...ambik ubat batuk!” Akeem tertawa besar. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama ZARA di skrin.
”Hello?”
”Apsal kau bagi nombor aku dekat orang lain?” Aik marah pula minah ni, hati aku mula panas. Mana tidaknya salam tak beri, hello pun tidak ada. Akal aku mula berdetik untuk mengenakan minah ini.
”Ala sorry la...dia minta bersungguh-sunguh nak kenal dengan kau..” Aku mula berbohong. Akeem merah padam muka menahan ketawa.
”Macam mana dia kenal dengan aku, dia tu siapa?” Zara mula ingin tahu.
Aku mula membuat hikayat. Aku cerita daripada A hingga Z (semua itu tipu belaka). Chip ialah anak kepada majikan tempat aku praktikal (kiranya anak orang kaya ni). Umur tua tiga tahun. Kerja model sambilan (kira kacak la tu). Chip jatuh hati denga Zara bila melihat gambarnya dalam album gambar aku ketika itu kami bergambar ramai-ramai satu kelas semasa satu lawatan ke rumah anak yatim di Kuala Selangor.
Pelik tapi benar. Dia percaya. Dia termakan dengan cerita-cerita aku. Bermula saat itu. Akeem mendukong watak utama sebagai Chip. Aku pengarah dan penulis skrip serta watak pelakon pembantu manakala Arol penjaga kesinambungan cerita agar ia benar-benar tulen tidak nampak penipuan.
Kerana ingin sangat menipu kami terpaksa daftar satu talian untuk Akeem yang baru agar Zara tidak syak. Almaklumlah satu School. Hampir setahun projek ini berjalan sehingga pada malam MPG (Malam Pra Graduan) aku rasa sudah sampai waktunya untuk cerita ini ditamatkan. Aku rasa amat berdosa bila aku tahu, rupa-rupanya Zara benar-benar jatuh cinta. Zara selalu minta agar dapat bertemu dengan Chip. Tapi kami reka alasan untuk tidak berjumpa. Kadang-kadang kami biarkan dia menunggu ’Chip’ berjam-jam di komplek PKNS Shah Alam kemudian baru telefon tidak dapat datang kerana ada pengambar iklan di tempat tertentu. Memang kasihan. Tapi aku hormat dekat Zara. Aku rasa dia amat setia dan tidak pernah memarahi ’Chip’.
Kami akhir cerita dengan mengatakan ’Chip’ dipaksa menyambungkan pelajaran ke US oleh kedua orang tuanya. Dia akur kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan bakal menerajui perniagaan keluarganya satu hari nanti.
Ayat terakhir yang aku karang dalam skrip ini rupanya menyentuh kalbu Zara.
Dengan suara Akeem yang memang merdu didengar (Akeem pernah berkerja sebagai DJ disebuah stesyen Radio terkenal di Malaysia).
” Zara percayalah perpisahan ini hanya sementara dan bukan berkahirnya perhubungan kita... tapi Chip percaya kiranya Zara bertemu insan yang lebih baik dari Chip, Chip redha dan Chip akan lebih bahagia kalau pilihan Zara itu nanti dapat membahagiakan Zara...” Aku dan Arol memang selalu berada dengan Akeem setiap panggilan yang Zara buat. Akeem beritahu pada perbualan terakhir ini terdengar esaakan dihujung talian.
Perancangan kami memang teliti. Sampai hari ini Zara masih tidak tahu yang ’Chip’ hanyalah satu watak rekaan yang tidak pernah wujud di alam nyata ini. Pernah juga aku cuba hendak memberitahu tentang penipuan ini, tapi aku takut. Sebab ini melibatkan hati dan perasaan. Sekarang Zara berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat mintak terkenal di dunia. Masih sendirian. Dari teman-teman yang lain dia masih keseorangan. Mungkin menanti ’Chip’ aku tidak tahu. Mungkin cintanya masih menebal dengan ’Chip’ aku tidak tahu. Cuma aku tahu rahsia ini masih tersimpan di dalam hati tiga manusia. Entah bila aku akan membuka rahsia ini. Aku sendiri tidak tahu. Kalau boelh biarlah keluar dari mulut kami bertiga.

Wednesday, March 14, 2007
Kerja Berat
Ketika aku asyik menaip kertas kerja di komputer, tiba-tiba Nida kerani di pejabat aku mengetuk pintu bilik.
"Encik Zam...boss panggil." Katanya di depan pintu bilikku. Belum sempat aku bertanyakan tujuan dia. Daripada riak mukanya, aku dapat baca sesuatu yang tak kena.
"Boss mana? Dato" ke Tuan Haji?"
"Tuan Haji..." Laungnya daripada partisennya. Aku segera mencapai tali leher. Aku tahu Tuan Haji tak suka pegawainya tidak kemas. Tali leherku ikat kemas. seingat aku, tali leher ini hadiah hari jadi oleh isteriku ketika kami masih bertunang. Aku bingkas bangun. Buku nota ku capai dan bergerak ke bilik Tuan Haji. Otak ini ligat berfikir. Apa lagi yang hendak dibincangkan oleh ketua aku ini. Mungkin program di Labuan Ahad ini barangkali. Ataupun program di Bagan Datoh. Tiba-tiba aku teringat laporan aku kepada Menteri. Mungkin perkara ini yang hendak dibincangkannya.
Langkah kakiku cepatkan. Banyak kerja yang perlu diselesaikan hari ini. Program di Labuan memerlukan koordinasi yang kuat antara ibu pejabat dan pihak sana. Pegawai di sana telah aku hubungi. Kerja kerja perlu disemak. laporan perlu dibetulkan. Semua perlukan salinan. Aku berharap agar mesin pencetak tidak buat masalah lagi. Aku tidak gemar membawa balik kerja ke rumah. semua mesti diselesaikan di pejabat, biarpun lewat malam.
Pintu biliknya ku ketuk.
"Haa Zam... duduk..." Riak mukanya sedikit berkerut. Mungkin memikirkan sesuatu.
"Ye boss... ada apa nak jumpa saya?" Aku bertanya. Lagi cepat hal ini habis lagi bagus.
"Macam mana saya nak cerita yer..." Ada keluhan diakhir ayatnya. Aku mula rasakan sesuatu yang tidak kena.
"Kenapa boss?" Aku ingin tahu.
Dia mula bercerita. Kisahnya dua orang pegawai telah ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah. Dia yakin mereka dianiaya. Berat sungguh. Aku terkedu. Macam mana boleh jadi percara ini?
"Zam... tolong settlekan masalah ni." Tuan haji merenung aku tepat. "Saya tanak perkara ni sampai ke KP, payah!" Aku tahu dia amat berharap. Aduh.
"Perkara macam ini kalau dah naik mahkamah payah boss." Aku memberi pendapat.
"Nak buat macam mana lagi... okey macam ni lah...kalau hang boleh settle dengan polis hang settle lah... kalau tidak ikut prosuder biasa..." panjang arahannya.
Balik bilik aku termenung. Macam mana nak selesaikan masalah ini. Jabatan boleh mendapat malu. Sedang aku berfikir telefon bimbit ku berbunyi. Di Skrin tertera nama KP.
"Hello Dato', ya...ya...saya dah maklum perkara itu...ok Dato' saya faham...ya..ya kita akan siasat perkara ini, saya akan minta pihak negeri hantar laporan detail dan salinan untuk Dato'...ok...waalaikumsalam." Aku letakkan telefon. KP dah tahu. Aku pasti KP dah telefon Tuan Haji. Ada nada tegas dari Dato'. Nampak gaya terpaksa aku mengikut prosuder yang ada. Kes ini akan dibicarakan.
Bertambah kerja aku lagi. Esok aku perlu membuat siasatan.

Tuesday, March 13, 2007
Di Taq oleh seseorang

Ini adalah destop kat opis aku. Kalau kat rumah lain pulak.
Sebagai meneruskan virus ini supaya merebak ke seluruh kotak-kotak..saya ingin sekali melihat desktop:
1) Khairyn - pencinta German Muslim Caucasian.

2) Indera Kencana - kumpulan tidak boleh makan ikan tapah.
3) Zwit - yang mencari keseimbangan.
4) Izinni - akak ikan keli pemantau keyboard terbakar.
5) 13 May - penyumbang terbesar asap naga.
6) Bayu Senja - yang sedang berusaha mendelete memori silam bersama si dia.
7) Hakim Dirani - sahabat Bayu Senja.
8) Achik - yang terhutang cheese cake dengan saya :)
9) Black Purple - jawo pinter yang menanti Rosnah Mat Aris menjawab tag peliknya.
10) Bunga Rampai - harumnya bisa mengertak bapak polisi.
11) Lindosh- yang runsing dengan permukaan bulan.
12) Purple Heart - moga diberikan ketenangan hati dan fikiran.
13) Hani Sumayyah - seorang ibu yang kuat semangat.
14) Inilah saya - seseorang yang baru menerima orang baru dalam keluarganya.
15) Jerangkung - tetamu baru Iman Mawaddah.
Aku telah ditag oleh Iman Mawaddah. Sebenarnya wall paper aku gambar lambang liverpool fc disebabkan nak up load kat sini biarlah aku tunjuk gambar anak aku.
Friday, March 09, 2007
Warkah duka seorang perindu
Ketika aku di sekolah menengah pernah aku mengusik seorang pelajar perempuan yang aku cukup sakit hati dengan menghantar surat cinta kepadanya. Semasa itu aku tingkat 5 dan dia 6 rendah. Ketika dia dilantik menjadi pengawas selalu dia saman aku kerana datang lambat ke sekolah (sedangkan aku duduk di asrama). Kemuncaknya bila aku dipaksa oleh Cikgu Mat Besi (nama samaran) untuk berdiri sebatang kara di tengah padang bola sekolah dari awal pagi sampai loceng rehat dengan memegang sepanduk 'SAYA DATANG LEWAT KE SEKOLAH HARI INI'.
Perkara pertama yang aku lakukan. Aku tunggu dia balik sekolah sebab dia duduk asrama. Dengan berbekalkan kulit tembikai yang aku kutip didewan makan, seingat aku ada tiga ketul. Daripada tingkat tiga dengan megahnya aku lempar kepada dia. Kerana aku pemain kriket sekolah merangkap kapten daerah bawah 21 tahun, ketiga-tiga kulit tembikai tadi melekat di atas kepalanya. Aku dengan megahnya berdiri di koridor tingkat tiga itu menunjuk muka.
"Jaga hang!... aku repot kat warden!" Jerit dia tak puas hati. Tapi aku kagum kerana sedikit pun dia tidak menangis.
"Peduli apa aku repot la...aku tak takut pun..." Laungku Kembali. Natijahnya malam itu aku disebat dua rotan oleh Cikgu Ahmad Sulung.
"Kalau bukan hang pengawas asrama, bukan main bola dah lama aku buang asrama hang ni..." Aku ingat macam mana marahnya Cikgu Ahmad dekat aku. Cikgu Ahmad jurulatih bola sepak sekolah aku. Malam itu dia berleter dekat aku seingat aku hampir subuh aku menahan telinga. Seperti biasa zaman remaja, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Selepas peristiwa itu aku makin menyampah dengan pelajar itu. Aku buat pakatan dengan rakan-rakan seperjuangan yang juga tidak berpaus hati dengannya. Keputusannya kami mengambil langkah untuk mempermainkan hatinya. Maka bermula episod meranapkan hati pelajar perempuan itu. Setiap minggu aku menghantar surat cinta kepadanya. Menggunakan nama samaran Iskandar. Sememangnya Iskandar tidak pernah wujud di sekolah. Kami berbalas-balas surat sehingga dia hampir untuk mengambil peperiksaan percubaan STPM. Ketika aku sedang menunggu keputusan SPM aku tetap melayangkan surat padanya melalui seorang junior aku. Kasihan itu ada bila daripada kawan-kawannya memberitahu yang pelajar perempuan itu mula angau sendirian. Puas rasanya hati ini dapat membalas dendam. Yang aku rasa amat aneh dia tidak pernah bertanya siapa itu 'Iskandar' dan tidak pernah untuk minta berjumpa. Seolah-olah dia terpukau dengan surat-surat cinta aku. Dia meluahkan segala perasaannya melalui surat cintanya. malah segala masalahnya dia luahkan juga. kadang-kadang terasa aku seperti seorang kaunselor. Selalunya suratnya akan ku bacakan di depan rakan-rakanku yang lain. Malah suratnya seperti penghibur kami setiap minggu. Kami akan ketawa berguling-guling bila menbaca suratnya.
Akhirnya kerana rasa belas aku akhiri episod 'cinta palsu' dengan menuduh dalam surat yang dia kononnya mempunyai hubungan dengan rakan lelaki sekelasnya. Dalam surat dia menafikan bersungguh-sungguh, dan dia mohon untuk berjumpa dengan 'Iskandar'. Rakan-rakannya memberitahu yang pelajar itu sudah mula murung dan diam. Takut juga aku. Tapi bila mengenangkan dia yang mencari masalah, aku teruskan niat membalas dendam aku. Rakan-rakanku di asrama perempuan memberitahu yang hampir dua bulan dia murung dan pelajarannya mula merosot. Misi aku berjaya. Dendam terbalas. Tetapi aku bersyukur kerana keputusan STPM dia berjaya. Mana tidaknya andai kata dia gagal dan menyalahkan 'Iskandar' tidakkah aku menanggung dosa. Dengar khabar sekarang sudah menjadi seorang guru di utara Malaysia. Dan dengar khabar pelajar perempuan itu sudah tahu aku yang mendajalkannya. Ini kerana semasa kursus KPLI seorang rakan kelas aku yang sekursus dengannya telah memecah Segala rahsia. Alhamdullilah. Terima kasih kerana memaafkanku.
Ini adalah surat terakhir yang aku tulis kepada pelajar perempuan itu. (Semua surat yang aku karang selalunya aku simpan dalam fail, bukan apa untuk buat rujukan.)
Assalamualaikum...
Pertama kalinya izin kan aku untuk berbicara denganmu biarpun sekadar secebis warkah buruk ini yang mungkin telah dikau lemparkan ke dalam tong sampah. Andainya dikau membaca warkah ini, percayalah bukan niatku untuk melukakan hatimu itu tetapi sekadar untuk bercerita bukan untuk menagih simpati. Aku tahu sudah tiada ruang untuk aku berdiri hatta sejengkal jari di ruang hatimu itu...
Aku mohon maaf kiranya warkah ini menganggu dirimu. Sebenarnya sudah puas aku cuba melupakan mu sayang... tapi ternyata kenangan indah bersamamu di alam mimpi-mimpiku masih tertancap kemas dibenak ini...
Sayang...
Pernah aku cuba membuang segalanya...tapi aku tidak berdaya persis menahan ombak yang sedang menggila menghempas pantai tak kala angin monsun beralih arah. Aku benar-benar tewas sayang. Bila aku merenung gelap malam pasti aku terkilan melihat bintang bersinar gembira menemami purnama, sedangkan aku masih tertunduk dan dikau sudah pergi jauh dari hati ku....
Sayang...
Hati ini masih bersinar seperti pelangi tak kala banjir sudah melanda di tanah gersang yang kering akibat kemarau tujuh keturunan. Biarpun aku tahu kau sudah milik orang lain.
Sayang...
Biarpun mencintaimu itu bagaikan menelan racun berbisa, biarpun mengasihimu seperti menikam sembilu di kalbu, biarpun menyayangimu umpama menelan hempedu...aku redha...kerana cinta ini tidak pernah padam biarpun dirimu milik insan lain...
Sayang...
Izinkan aku mencintaimu biarpun dirimu milik orang lain....kerana aku tidak lagi mampu memilikimu.

Kronologi Hidup
Impian:
Setiap insan mempunyai impian.
Berusahalah untuk mencapai impian.
Tetapi kadang-kadang impian yang tidak kesampaian boleh menjadi mimpi buruk dalam hidup.
Cinta:
Cinta itu sesuatu yang indah, pelik dan tidak terungkap dengan kata-kata. Setiap insan ingin dicintai. Adakah kita kan bertemu dengan cinta sejati? Tetapi berhati-hatilah kerana cinta kadang-kadang boleh menjadi kejam dan amat menyakitkan.
Hidup:
Hidup ini satu perjuangan.
Berjuang untuk hidup.
Berjuang untuk sebuah kehidupan.
Berjuang untuk menentukan kehidupan.
Selamat hari wanita untuk semua wanita di muka bumi ini terutama untuk isteriku yang tercinta, ibuku yang tersayang, adik-adikku. Semoga kalian tetap menjadi muslimah yang soleh serta dibawah rahmatNya!
Khas buat mereka...
Selembut bayu pagi yang menghembus
sepoi-sepoi sepi menerjah wajah ini
lembut lagi wajahmu itu ketika merenungku!
Secantik sekuntum kelopak mawar merah
cantik lagi kelopak bibirmu yang senantiasa tersenyum mesra pada ku!
Seindah mentari sore terbenam di ufuk barat
indah lagi rambutmu yang mengurai disinari bulan purnama!
Seputih pantai yang menghadap setia lautan luas di sebuah pulau bahagia
putih lagi hati dan jiwamu!
Kalaulah kau bisa mengerti akan hati ini
kau pasti kan menangisi kerinduan
yang selama ini terpendam di lubuk jiwa.....
Kalaulah kau milik ku MUTLAK!

Monday, March 05, 2007
Pedulikan Mereka!
kata mereka;
hingus ku masih meleleh
belum kenal erti dewasa!
kata mereka;
kail panjang sejengkal
lautan dalam jangan di dalam
jangan diduga!
kata mereka;
umur ku baru setahun jagung
usah pandai berbicara!
kata mereka;
tubuhku masih merah
diam sahaja...
kata mereka;
mereka lebih awal
makan garam!
kataku;
pedulikan mereka
jika bertongkatkan
ilmu dan tuhan!
jika otak dan hati
bergerak harmoni!
pedulikan mereka!
Entahlah... bila mengenangkan cerita semalam, aku selalu tersenyum. Apatah lagi bila membaca rentetan hidup Indera semacam ada terpanggil tentang kenangan kenangan lalu. Bila aku terbaca sebuah novel mencerita kisah hidup di asrama aku menjadi rindu pada kenangan lalu. Yang pahit itu pengalaman dan yang indah itu kenangan!

Thursday, March 01, 2007
Sempena hari Tentera Darat. Aku ingin salut mereka. Kerana mereka tunjang negara.
Derap langkah itu bergema lagi,
Perjuangan yang tidak pernah selesai,
derap yang berpantang maut sebelum ajal.
Pada setiap keringat,
Pada setiap lelah,
Pada setiap darah tertumpah,
Derap langkahmu tetap ampuh
Mempertahankan nusa.
Andai setiap langkah mu,
Andai setiap hela nafas mu,
Andai setiap titis-titis air mata
Isteri, ibu dan anak- anak mu,
Aku pasti tidak berbayar
Dengan semua emas yang disatukan
Oleh anak bangsa ini.
Gagah setia menongkah setiap onar,
Taat setia menentang musuh negara,
Dengan laungan Gempu Wira!
Pengorbanan mu tidak akan ku lupakan.
Sebenarnya perjuanganmu,
Mengangkat maruah dan martabat bangsa ini.
Dan kerana itu derap langkah mu bagaikan
Lagu indah di bumi bertuah ini.
Friday, February 02, 2007
Dia II
Seingat aku pada petang rabu. Rose datang meluahkan peri laku Dia padaku. Dia sudah semakin liar. Rose ada memberitahu yang Dia amat sayang padaku.
"Zam engkau kena tolong Iza, dia dah jauh hanyut..." Rayu Rose padaku.
"Apa yang aku boleh buat Rose? Dia bukan nak jumpa aku lagi?" Aku sebenarnya cuba mengelak dari berjumpa dia.
"Zam..." Rose memandang aku tepat di mata. Suasana cafe semakin bising tiba-tiba aku rasakan sunyi. " Semuanya salah kau Zam. Iza jadi begitu sebab kau Zam!" Mudah sungguh Rose menghukum aku. Akhirnya aku mengalah.
Rose bercerita yang Dia berjinak-jinak dengan seorang anak tokoh perniagaan terkenal di KL. Pergerakkan Dia mula aku intip. Sehingga pada malam itu aku dapat tahu yang Dia akan ke DV8 dengan kenalan barunya. Aku dan rakan-rakan lain bertekad untuk menyedarkan Dia.
Aku, Joe, Ali dan Kupem mengekori kereta yang membawa dia dari seksyen 9 ke DV8. Setiba di DV8 menyirap darah aku bila pinggulnya dipeluk mesra oleh lelaki tadi.
"Itulah kau Zam kau tak sambar dulu kalu tidak..." Kupem cuba berseloroh.
"kalau tidak apa?"Jerkah aku. Kupem terdiam. Rokok yang ku hisap ku campakkan jauh ke longkang yang hanyir itu. Sehanyir makhluk di dalam DV8 itu. Aku dan rakan-rakan berganjak ke sebuah kedai makan di hujung blok tersebut. Jam sudah 3 pagi tapi kelibat dia masih belum ku nampak. bunyi muzik berdentum dentam memekakkan telinga. Bingit. Aku tidak tahu macam gamaknya orang di dalam dengan kebingitan bunyi tersebut. Tiba-tiba kelibat yang ku tunggu muncul. Masya -Allah. Dia mabuk!. Dia dan lelaki itu masuk ke dalam kereta yang diletakkan tidak jauh dari DV8 itu. Aku meluru ke kereta itu. Sekali lagi aku terkejut bila melihat aksi di dalam kereta itu. Dia sedang meronta-ronta dan iblis itu sedang mengomolinya dengan rakus!.
Entah di mana datangnya kekuatan. Aku membuka kereta. Aku tarik iblis itu keluar dan mencampaknya ke lantai jalan. Dia terkejut. Aku suruh dia betulkan baju. Iblis tadi rupanya tidak berdiam diri. Entah bila dia bangun dan memberi satu tumbukan di kepalaku aku tidak pasti. Aku terhenyak ke jalan. Kepala terasa berat dan dunia seolah-olah berpusing. Rupa-rupanya kawan-kawan iblis itu telah datang menolongnya. Nasib baik Joe, Ali dan Kupem datang membantu. Maka satu perkelahian terjadi di situ. Empat lawan tujuh orang.
Aku tidak tahu apa yang jadi selepas itu. Kata Ali, aku mengamuk sakan. Takut Ali tengok aku berlawan. Ganas! Cuma ralatku satu. Kupem menerima 14 jahitan di kepala. Ali dan Joe sekadar lebam-lebam. Aku mendapat tujuh jahitan di kepala. Bukan penumbuk yang singgah di kepalaku tapi sebatang besi. Joe kata aku belasah dua orang sampai yang lain lari ketakutan. Aku dan Kupem di bawa ke wad kecemasan oleh Joe. Dia pun ikut sama. Kami buat laporan polis selepas itu. Dan kerana kecederaan itu menutup ruang aku ke Thailand mewakili Malaysia untuk kejohanan Universiti ASEAN.
Aku tidak menyesal. Kerana maruah Dia dapat ku pertahanan. Dia ada datang melawat aku di hospital. Mengucapkan terima kasih dan aku tahu dia cukup menyesal. Aku tahu dai akan berubah menjadi seorang perempuan seperti dulu. Dua bulan kemudian Dia datang berjumpa aku. Ada hadiah dibawa. Dia beritahu yang Dia akan ke UK kerana peristiwa yang berlaku di DV8 itu menyedarkan dia. lagipun kakaknya ada di sana. Aku hanya diam seribu bahasa.
Bila di bilik aku membuka hadiah itu. Sebuah Novel karya HAMKA; Di Bawah Lindungan Kaabah, dan sekeping kad tertulis, Biar apapun terjadi dirimu tetap di hatiku...Iza tahu hati Zam masih tertutup, tapi percayalah Iza sanggup menunggu biar seribu tahun lagi...Iza tahu Zam suka baca Novel dan Iza berharap Zam suka dengan novel itu... Salam sayang...
Dia masih di UK. Khabarnya menyambung Ph.D dan bekerja di sana. Ada juga sahabat aku yang berjumpa dengan Dia di UK. Bila ditanya bila akan balik ke Malaysia jawapannya bila cinta sudah ditemui di Kota London ini baru Dia pulang. Tapi semua kawan-kawan aku tahu yang Dia masih menunggu cinta daripada aku. Kalau aku ada jodoh dengan Dia, aku redha dan buat masa ini cintaku tulus untuk isteriku tercinta dan aku berdoa agar cintaku pada isteriku hingga ke syurga.
Iza maaf hati ini tidak mampu melahirkan cinta padamu....
p/s kalau Iza terbaca cerita ini ku pohon sejuta kemaafan, cuma ingin aku katakan cinta itu anugerah ilahi.

Dia
Bila terbaca cerita tentang DV8 entah mengapa kenangan ngeri itu datang semula. Bagaimana hendak aku mulakan aku sendiri tidak tahu. Bermula kisahnya semasa aku di semester 4. Aku berkenalan dengan seorang pelajar perempuan dari School SS. Sekadar berkawan tanpa aku sedari yang dia menyimpan perasaan denganku. Hingga suatu hari dia mengajak aku keluar menonton wayang. Memang selalu juga aku keluar menonton wayang dengan dia. Tapi bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain tidak pernah berdua dengan dia. Dia memang anak orang berada. Semasa di kampus lagi dia dibenarkan oleh keluarganya untuk membawa kereta. Dan secara kebetulan disebabkan dia melanggar aku di kompleks sukan membuatkan kami berkenalan.
Rupanya bukan ke panggung wayang tujuan kami. Dia membawa aku untuk makan malam di Muara, Klang. Agak jaggal bagiku kerana berdua sahaja ketika itu. Selepas habis makan dia mengajak aku menyusuri tembok batu yang menghalang ombak menghakis pantai sepanjang muara sungai. Akhirnya kami duduk berdua menghadap laut lepas Selat Melaka. Aku semakin kekok bila keadaan begitu apatah suasana yang hening dalam gelap malam yang cuma disinari cahaya bulan separa penuh betul-betul di ufuk barat. Apa yang aku boleh buat cuma ketika itu diam dan merenung bintang-bintang yang memagari bulan.
" Zam...Iza nak tanya sikit boleh?" Dia memecah kebuntuan. Aku masih merenung ruang angkasa yang begitu luas dan taksub dengan kejadiannya ciptaan Ilahi.
"Tanya la apa pun..cuma jangan tanya soalan final exam sudah..." Aku cuba beseloroh. Aku menoleh kepada dia yang berada betul-betul di sebelahku. Aku lihat wajahnya sebujur sirih dan rambut sekali sekala memagari wajah beningnya bila masa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku akui dia memang cantik, cuma hati aku tidak terpaut kepadanya entah kenapa. Satu persoalan yang aku tidak dapat jawab.
"Zam... antara ombak dengan pantai siapa yang paling setia?'' Ah.. Kenapa itu soalanmu? Aku terkejut. Entah kenapa dengan dia malam itu aku kurang pasti.
"Iza macam mana?" Soalan itu aku kembalikan kepadanya. Dia menunduk melihat gigi air. Ada riak kecil bila ombak menghempas perlahan kerana air laut semakin surut.
"Ombak lebih setia pada pantai...Kerana ombak sentiasa memukulnya setiap waktu." Tegas sungguh jawapan dia.
"Bagi aku pula Iza... Yang paling setia ialah pantai... Kerana pantai rela menanti cinta ombak yang kadang kala pasang dan kadang kala surut...hinggakan pantai itu musnah bila ombak menggila tapi pantai tetap sabar dan setia menanti ombak tidak kira bilapun sampai dunia ini kiamat." Panjang lebar falsafah aku. Aku tahu dia bersetuju dengan aku.
"Zam... kalau Iza tanya lagi boleh tak?" Aku hanya mengangguk perlahan. Aku sebenarnya semakin pelik dengan situasi ini. Aku ingin segera mengakhiri suasana begini. Aku takut. Apatah lagi teruna dan dara berdua-dua sebegini.
"Selama ini Zam anggap perhubungan kita macam mana?" Jujur soalan itu. Aku terkedu. entah kenapa soalan itu macam satu hukuman kepada aku. Aku menarik nafas panjang dan kemudian mengeluh kecil. Macam mana aku hendak terangkan kepana dia?
"Iza... Bagi aku kita hanya kawan dan aku anggap kau sebagai sahabat karib..." Aku lihat ada air mata mengalir di pipi gebunya itu. Aku serba salah. Dia mengesat air matanya perlahan.
"Zam mari kita balik..." Ada getar disuaranya. Aku rasa bersalah yang amat kerana meluahkan hatiku sebenarnya. Sepanjang perjalanan pulang aku dan dia hanya diam seribu bahasa. Aku tahu dia kecewa, bukan aku tak sudi cuma hatiku bukan miliknya. Suasana menjadi lebih sayu bila tiba-tiba DJ radio memutarkan lagu Sampai Hati dendangan Kumpulan Spring dan aku rasa terpukul bila aku mendengar esakan dia. Malam itu memang aku tidal dapat lelapkan mata bila mengenangkan dia. Aku rasa sungguh kejam mematahkan hati dia.
sejak itu hubungan aku dengan dia makin renggang. Dia selalu melarikan diri daripada bersua dengan aku. Aku tahu dia marah dan kecewa. kalau aku jadi seperti dia, aku yakin perbuatanku serupa. Khabarnya selepas itu dia mula bertukar liar. Modesto, DV8 dan banyak kelab malam sudah menjadi teman melepas kesunyian dalam hidupnya. Kawannya ada berjumpa dengan aku dan meminta supaya aku menasihatinya agar dia kembali pangkal jalan.
Entah kenapa aku rasa amat berdosa...

Seorang Perindu
"Selamat ulang tahun bang..." Lembut sungguh suara isteriku menyedarkan aku daripada lena.
"Terima kasih..." Aku bingkas bangun. PerintahNya segera ku penuhi.
Melewati usia begini ternyata aku semakin sentitif. Entah? mungkin makin matang. Mataku semakin peka dengan sekitar. Hati makin mudah tersentuh. Aku semakin tua gamaknya. Seharian Ahad aku tidak ke mana, hanya di rumah. Anak dan isteriku ke rumah adik iparku. Aku termenung dan entah kenapa aku rindu pada teman-temanku semasa di sekolah dan ITM. Di mana agaknya mereka?
Tiba-tiba terlintas di fikiranku bayangan tempat-tempat yang pernah aku lewati semasa menjadi pelajar ITM. Dewan Seri Budiman, Menara, Kolej Delima, Perindu, KSPU, CK, Seroja, Seksyen 2 dan banyak lagi tempat.
Entah mengapa hari itu aku menjadi seorang perindu.

Tuesday, January 16, 2007
Dialog Sang Perindu
Hari ini
aku dan dia termanggu di pelabuhan sepi ini.
Katanya:
Sejak semalam dia menantikan
khabar berita dari seberang.
Dia sudah terlalu rindu
hingga alpa pada detik dan tika ini.
Nanti...
Dia pasti akan mendapat khabar gembira.
Kataku:
Yang berlalu biarkan pergi
kelak ia akan mengundang duka dan nestapa.
Aku pasti bahtera dari seberang itu
takkan berlabuh di pelabuhan ini
kerana aku sepertinya
ketika dulu
menanti dan terus menanti tanpa pasti.
Kawan pulanglah!
Di sini bukan tempat mu
untuk mengimbau cerita semalam
seharusnya hari ini kita berdiri
untuk penantian hari esok
yang masih samar dan tidak pasti.
Tapi...
Dia masih di situ
katanya:
Semalam dia mendapat khabar gembira
dari sang camar
bahawa bahtera harapan akan
berlabuh dan membawanya
ke pulau impian.......

Gerhana Bulan Seribu Musim
Merenung jutaan bintang berkilauan
bak permata dan intan di angkasa raya
pada gigi-gigi lautan malam pekat
tersedarlah kini aku
bulan sudah hilang sinarnya
mungkin aku yang terlupa
atau dia yang terleka kerana
menjahit seribu keegoan
dan kegagahan silam
cerita-cerita sang pelipur lara
yang tidak bertauliah di pelusuk-pelusuk kampung-kampung zaman silam...
Yang tinggal kini hanya sinar gerhananya untuk sekian tahun
yang dia sendiri tidak pasti.

Tuesday, December 19, 2006
Kenangan Di Bulan Ramadhan 2
Sebenarnya banyak kenangan dalam bulan posa yang tak dapat aku lupakan. Zaman sekolah lagi banyak...tapi aku citer kenangan aku masa kat ITM Shah Alam dulu.
Best oooo masa kat ITM. Pertama kalinya boleh merayau dalam pukul 5.00 ptg untuk juadah berbuka. Port sasaran aku kat Seksyen 2, Seksyen 18 dengan dekat stadium..itupun baru buka masa aku dekat part 6 kut..entah akupun dah lupa...Bila kuar maknanya pahal posa aku makin berkurangan...dosa mata beb...mata tak tahan tgk anak dara....hehehehehehe...dosa mulut lagi...tu la saper suruh mengorat..hehehe....
Bersahur? Aku tak pernah bersahur masa duduk kolej sehingga sekarang...Kenapa? Malas nak bangun....tidur aku nanti terganggu...hehehehe dah memang pesen aku dari duduk kat asrama dulu.....
Dalam banyak citer kenangan kat ITM masa dulu paling aku tak boleh lupa masa kena keja dengan JAIS kat Tmn Tasik Shah Alam....hehehe best oooo....
Citer bermula masa malam pertama posa...masa tuh aku part 2...malam tuh member aku clash dengan awek dia kat UTM...menangis giler khinzir kat foyer...buat malu aku jer...dah ler tak gi terawih....hehehe...nak jadi cerita tetiba jer dia hilang..pinjam moto mantong pulak tuh...mantong bagi tahu dia pinjam dalam pukul 10.00 malam nak beli rokok kat seksyen 2 dekat pukul 11.00 dia tak balik lagi.
Aku ingat dia melepak kat perindu ker kat jati ker...last-last dekat 12.30 pagi tak muncul-muncul lagi...berat nih...maka kami berbincang dalam 10 orang nak kuar cari dia....tapi lastly aku dengan noman jer kuar iupun pinjam moto layap...hehehehe....kuar cari dia sampaikan ke old town PJ tak jumpa. Ceh! dan Ceh! aku menyumpah giler-giler...buat orang risau jer...
Noman punya saranan cuba cari kat taman tasik...kut-kut dia bunuh diri kat situ senang sikit nak mintak tolong..hehehe cabul jugak mulut noman nih...kita orang pun bergerak ke taman tasik dalam pukul 3 pagi kalau tak silap.
Satu taman tasik kitaorang cari...hehehe tak jumpa tetiba ternampak ader orang buat projek...hehehehe ini peluang baik giler...hehehe apa lagi sekodeng ler....kami meniarap ala komando....senyap menuju ke tempat dua iblis bertopeng manusia....tiba-tiba....jeng...jeng..jeng...terdengar suara manusia bertempik....yang helmet biru tuh jgn lari....!!!! aku tgk noman dia helmet warna merah...helmet aku memang biru... apa lagi cabut ler...
Punya la takut....nak tahu aku menyorok kat mana? Dalam tong sampah besar...bau dia tuhan sajer yang tahu....masa aku nyorok terpikir jugak aku kalau kena tangkap aku dengan noman mesti kena kes perhubungan luar tabii...eeeee tak sanggup aku....
Pas tuh aku kuar cari Noman...bila tgk muka dia berderai ketawa...masa masuk kat 7E aku tahu minah tuh tak tahan bau busuk aku heheheeh nasib ko ler aku nak beli roti bersahur....lepas bersahur dalam pukul 6.30 pagi aku balik bilik kat delima...punya ler penat...baju sumer aku buangkan dalam tong sampah.....si Noman pegi klinik jahit luka tagn dia pasal tergolek masa lari....jadi hari tuh aku pinteng kelas...gara-gara sorang teman yang putus cinta...
Masa aku bangun tido aku tgk dia ada dalam bilik...aku tanya dia pegi mana...cis rupanya dia pegi USJ rumah mak sedara dia...rasa macam nak pelakong jer kepala dia...ceh...ceh...dan kerana dia aku kena kejar dengan JAIS.....hehehehehehe tapi bila pikir boleh tersenyum sorang-sorang...hehehehe

Monday, December 18, 2006
Kenangan Di Bulan Ramadhan
Bila tiba 1 Ramadhan pasti aku terkenang pada detik-detik dahulu... masa sekolah hinggalah ke zaman dewasaku di ITM, Shah Alam... Sebenarnya ramadhan banyak membawa kenangan manis dan lucu untuk aku... antara yang paling tidak lupa, pertemuan aku dengan dia juga pada bulan mulia ini..
Kalau bulan puasa nih tak merayap pergi pasar ramadhan terutama kat seksyen 18 tak sah la aku masa tuh... nak tengok budak PPP ler katakan... budak yang akan melanjutkan ke Oversea la katakan... ekeke saja mengatal masa tuh... kalau tak pun lepak kat seksyen 2 jer...
Ada sekali tuh masa nak bukak puasa... aku rasa macam hujan nak turun, tapi member aku kata tak siap betting lagi... ekeke masa azan tetiba jer hujan turun... wakakaka aku masa tuh dah lepak kat tepi kedai belah ader bumbung... diorang kat luar konon nak amik angin seksyen 2 la konon... pirahhhhh... macam aku tak tahu diorang tengah aim budak SS 14... lastly padan muka nasi paprik jadi sup paprik... wakakakaka...
Antara peristiwa yang tak boleh aku lupa selain kena kejar dengan JAIS... ialah kehilangan motosikal member aku kat seksyen 2... Yelah zaman student dulu nak gi terawih.... ermmm susah giler... abih jer bukak poser.. pakat-pakat dok terlentang... hembus rokok... jadi dalam pukul 8 malam member aku si Jai datang nak pinjam moto member aku nih Pacat... si Pacat nih port lepak dia kat bilik aku la... bilik syurga donia kata diorang ler... entah apa yang bestnyer pun aku tak tahu... pasal aku best kut.. wakakkaka...
Si Pacat bagila pinjam moto dia sebab si Jai nih nak beli rokok sekali si Pacat dengan aku kirim ler... stok dah abis... nak beli dengan tokan rokok mahal beb... dalam setengah jam maka balik la si Jai tadi.. bagi kunci moto kat si Pacat... bila Pacat nak balik blok dia tetiba dia menjerit... terokocoh-kocoh lari kat aku yang nak pergi tandas... muka pucat... aku tanya la pasal apa... dia kata moto dia hilang... aiks... aku suruh panggil si Jai...
Datang la si Jai dengan muka toya dia... blok aku dah riuh rendah dah... aku dengan pakai towel pergi tengok tempat Jai parking moto si Pacat tadi...
"Mana moto kau hilang... nih bukan moto kau ke pacat?" Kata si Jai sambil menuding kat moto EX 5 warna hitam sebijik macam moto si Pacat... lega jugak aku dengar... masa tuh bebudak dah pakat kerumun moto tuh...
"bukanlah....mana ada tuh moto saper? Plet lain la...bukan moto aku.." Tegas Si Pacat...
"Eh aku bawak balik moto nih la tadi.." Jelas si Jai. Sudah... pening kepala semua orang... Lepas tu aku amik kunci moto kat si Pacat cuba starts moto tuh... leh hidup... semua terkejut...
Rupanya Si Jai tak hafal no plet moto si Pacat nih... lepas dia kuar dari 7E tengok warna moto sama masuk kunci leh jalan... dia ingat moto si Pacat.... tuh yang silap... ekekeke....
Tak pasal-pasal aku kena teman Si Jai ambil balik moto kat 7E. takut jugak aku.. ye lah bawak moto orang lain... ekekeke nasib baik moto si Pacat ader lagi kat situ... pelan-pelan si jai tinggal kan moto tadi ajuh sikit dari 7E, takut kena cekup tibai moto tak ke naya... wakakaka selamat moto si Pacat tuh.....
Sampai hari ni aku terfikir macam mana gamaknya rupa budak yang Jai terambil moto dia... ekeke kesian.........

Wednesday, December 13, 2006
Zaman Sekolah
Bila bercerita tentang zaman remaja kita selalu mengimbau kenangan zaman persekolahan. Memang kita tak dapat nafikan zaman persekolahan kita penuh dengan kisah-kisah suka duka.
Bagi aku zaman persekolahan adalah tempat aku berdikari. Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama tapi bukan asrama penuh tetapi sekolah harian biasa yang mempunyai asrama. Ye la pada malam ni entah kenapa aku teringat guru-guru yang pernah mendidik aku sekarang. Mana taknya teringat aku ketika cuti raya yang lepas aku terjumpa dengan seorang guru kelas ku ketika tingkatan 5. Masa tuh aku ke bank ada urusan dengan bank biasala... masa raya nak guna duit la...
Maka berbuallah aku dengan dia... mula-mula dia tak kenal aku...aku akupun bercerita tentang susur galur keturunan kelas ku kat dia..." Ala cikgu takan tak ingat kelas 5a2 tahun bla..bla..saya sekian...sekian...sekian...'
Dia ingat kelas aku tuh kata dia kelas paling nakal dalam sejarah yang pernah dia ajar...aku gelak jer... tapi dia kata dia tak ingat aku... Bila aku sebut jer nama samaran aku kat sekolah baru dia ingat..." Oo awak rupernyer... budak yang selalu hilang dari kelas... Ces itu yang dia ingat pasal aku... Memang aku tak nafikan aku kat sekolah antara muka wanted dead or alive dengan pengetua dan cikgu disiplin...ala zaman remaja siapa yang tak nakal kan?
Cikgu aku tanya sekarang aku kerja kat mana? Aku cakap yang aku dah graduated dari ITM dan sekarang bertugas sebagai pegawai kerajaan kat Pahang.... Tiba-tiba dia terkejut... " Laaaa saya ingatkan awak nih kerja kilang kat Kulim....Ermmm bagus ler gitu....sejuk perut saya ngajar awak!" Nak jer aku gelak kat cikgu tu balik...Yela...memang semua tak percaya selepas STPM aku berjaya ke menara gading... Semua cikgu ingat aku bakal merosakkan imej sekolah. Sekolah aku antara sekolah terbaik kat Kedah dulu.... Tapi aku dah buktikan bahawa tanggapan mereka meleset....
Mana taknya kalau kat asrama aku tuh aku ler hantunyer...Ekekeke...citer pasal hantu teringat aku satu kisah... Al maklumlah kat asrama banyak kisah hantu sama ada rekaan atau betul..wallahhualam... Jadi bila budak baru tingkatan 1 selalu masuk awal tahun maka aku akan sibuk bercerita hantu...sampai diorang nak ke tandas pun berteman...Jadi bila diorang dah takut maka aku dan sahabat aku bertukar menjadi hantu malam tuh...kami berdua akan mengusik...kekadang jadi hantu tinggi...kekadang jadi pontianak dengan rambut panjang.... Sampaikan ader budak bertukar sekolah alasannya asrama aku ader hantu...kesian pulak aku tengok budak tuh...ekekeke....
Tapi aku bertaubat bila aku sendiri yang kena...Lepas tingkatan 5 aku dah tak buat dah... Sebabnya malam tuh aku nak ngusik member aku sendiri yang amat penakut...Dia Tim. Ketua Asrama budak form 6. Kat asrama aku kalau Tim. dan Ketua ada bilik sendiri kat tingkat 3.
Malam tuh aku amik cadar dengan member aku aku balut macam kapan...dalam pukul 2.30 pagi ketika bebudak lain tgh lena..kalau tak ingat lagi malam tuh malam ahad kut...jadi aku tahu dia nih rajin study pepagi buta...maka dengan machonya aku bukak cermin tingkap turun ke koridor belakang dengan member aku...aku pergi kat tingkap dia aku sergah dia mak aihh..terkejut beruk la member aku nih...marah bukan main...pastu kata dia kalau aku buat lagi dia nak simbah air panas mendidih sebab dia tgh jerang air nak makan maggi...
Takut jugak aku dengan amaran dia...almaklumlah air panas beb kalau kena cacat ler muka aku yang hensem nih....ekekeke
Pastu aku dengan member aku pun masuk balik ikut tingkap..ingat nak pergi mintak maaf ler dengan dia...Sebaik saja sampai depan pintu dengar bunyi simbahan air....pastu dia maki hamun aku macam-macam...aku terkejut...aku meluru masuk...bila dia tgk aku dia terkejut..."bukan kau ker aku simbah tadi?"... Aku tergamam...aku baru jer masuk ke bilik dia...masa aku keluar memang comfirm tak der manusia lain kat luar koridor belakang nun...memang aku dengan member aku jer...Siapa yang dia simbah? Dia kata yang kena simbah tuh...pakai cadar putih...rambut panjang..sebijik macam aku mengusik dia tadi...Alamak siapa? Seram sejuk aku dengan member aku dengar cerita dia.... Aku berseleroh dengan partner hantu aku tadi...kalau kita lambat mungkin kita leh jumpa kembar kita....ekekeke gila jawap "gila ko nak mampus" Hati kecil nih masih tertanya-tanya siapa yang member aku simbah tuh?... Lepas kejadia itu aku tak berani dah jadi hantu kat asrama....takut terjumpa kembar aku tuh..ngeri oooo...ekekekeke
Jadi lepas aku tak jadi hantu tuh cerita hantu berkurangan sedikit mana taknya hantu takut jumpa hantu... ekekeke. Ye la...tobat dah tak buat lagi.... Tapi lepas hobi jadi hantu muncul pula hobi baru aku aitu lompat pagar atau kat asrama aku istilahnya fly... memang dulu selalu aku fly malam-malam tapi sejak aku tak jadi hantu aku terlalu gemar fly untuk mengisi kekosongan malam ku yang panjang..
Ermmmm kenangan zaman sekolah yang mengusik minda dan kalbu.....

Tuesday, December 12, 2006
Cerita Lama
Semalam aku terima panggilan dari sahabat lama aku dari ITM, saja dia bertanyakan khabar berita. Katanya agak lama juga dia tak dapat berbual dengan aku. Almaklum tugasan yang sibuk menjarakkan kami. Selepas berbual tiba-tiba terkenang kembali kenangan lama masa aku belajar di ITM.
Aku dan beberapa sahabat lain memang nakal. Apatah lagi untuk 'mengenakan orang' perkara yang paling indah untuk kami jadikan bualan. Masa aku part 6, aku dan beberapa sahabat telah 'ditendang' keluar oleh pengurusan kolej delima siswa. Mengapa? Biar ini menjadi rahsia kami. Setelah bertungkus lumus akhirnya kami menyewa di seksyen 9. Kami adalah antara penyewa pertama di kawasan itu.
Kami bersembilan menyewa di situ. Aku dengan gaya rock aku, Aroll dengan selambanya, Jang dengan kepala gilanya, Akeem dengan lawaknya, Mus dengan gaya machonya, Pak Non manusia yang tak kisah apapun, Man Thong... tidur adalah hobi azali (sparing partner tido aku nih), Ali jenis mengikut jer akhir sekali fiz tukang jaga rumah.
Al kisah suatu hari selepas pulang dari program 'induction' kira-kira pukul 1.00 pagi, kami terserempak dengan seekor tikus besar di ruang tamu rumah sewa kami. Apa lagi adegan kejar mengejar berlaku antara tikus dan kami. Tikus itu mengalah lantas menyorok di bawah tong gas dapur kami. Aku mengambil penyembur racun serangga. Sebotol aku sembur bawah tong gas sampai aku sendiri hampir pengsan menghidunya!
Keputusannya tikus itu menemui ajal. Bila aku mengangkat bangkai satu rumah bersorak seolah-olah kami baru saja menewaskan seekor raksasa. Bila melihat bangkai tikus itu tiba-tiba tercetus idea aku untuk jadikan hadiah kepada seseorang. Man Thong mencadangkan supaya diberikan pada awek junior yang sombong. Akeem tak setuju...tak thrill...aleh-aleh aku teringat yang esok adalah harijadi member sebatch kitaorang Ayau.
Jadi malam itu kami bungkuskan elok-elok tikus itu dalam kotak...bangkai tikus disembur minyak wangi...dan kotak itu dibalut dengan kertas pembalut hadiah yang cantik... Kini peranan Mus pulak untuk memberikan kotak hadiah itu seperti perancangan aku.
Suruh Mus bagi dekat seorang awek junior yang Mus kenal...pesan Mus suruh awek junior itu tadi berikan kepada budak lelaki kelas Shima. Sebab Shima nih si Ayau tengah aim nak buat awek...suruh budak laki tadi berikan kepada Nina kawan baik Shima untuk berikan pada Ayau...supaya Ayau sangkakan yang Shima berikan hadiah tuh...dan untuk mengelakkan dikesan kami yang memberi hadiah tuh...
Jadi rancangan tuh berjaya...Ayau sangka Shima berikan hadiah harijadi...apatah lagi kad yang kami sertakan itu tercoret nama Shima sebagai pemberi hadiah...Kembang kucup la kawan tuh..ekekeke... Bila dia buka je kotak hadiah melompat si Ayau tadi kerana seekor tikus mati di dalam kotak tuh... Masa dia buka hadiah tuh dalam pukul 1 tengah hari budak-budak tengah ramai melepak kat foyer lif, kerana terkejut Si Ayau telah membaling bangkai tikus tuh pada sekumpulan budak junior perempuan yang sedang menuju ke lif... Apalagi gamat ler bila bebudak tuh bertempiaran lari...
Aku dengan si Aroll memerhatikan dari jauh...bila budak perempuan bertempiaran lari tah macam mana mulut aku cabul menjerit...kebakaran...tolong...api...api...yang bestnya si Aroll pun menjerit benda yang sama...apa lagi siap dengan lecturer pun bingkas lari...kecoh school kejap...hinggakan pak guard datang mengawal keadaan...Dekan aku mengamuk giler hari tuh... Aku dengan bebudak aku apa lagi cabut balik ler...nak mampus tunggu...
Keesokkan harinya bangkai tikus itu aku gantung pada pintu dekan...aku tulis nota bertampal pada bangkai tikus itu.... YANG MEMBAKAR SCHOOL KITA SEMALAM...MAAF DIA TAK SENGAJA...
Dekan= Dia mengamuk betul siap adakan mesyuarat tergempar tapi tiada sebarang tangkapan dibuat...
Ayau= Selepas peristiwa itu hubungan dia dengan Shima mulai rapat dan baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Shima...
Shima= Berterima kasih kepada siapa yang menghadiahkan bangkai tikus kepada Ayau...
Geng seksyen sembilan= Sampai hari ini masih merahsiakan yang merekalah yang memulakan kekacauan...
Aku= Terus tersenyum mengenangkan peristiwa ini...

Monday, December 11, 2006
Sahabat dan Surat Dari Iraq
Semalam aku dapat panggilan daripada sahabat lama yang tidak dengar khabar berita. Dia akan berkhawin dengan gadis pilihannya tidak lama lagi. Alhamdulillah. Agak-agak lapan tahun tak berjumpa dengan dia. Kali terakhir yang aku berjumpa dengannya di Kulim, Kedah di sebuah restoran. Ketika itu dia balik kampung dan ingin berjumpa dengan aku sebab dia akan berangkat ke Iraq kerana terlibat dengan pasukan peninjau PPB.
Aku dan dia belajar di sekolah yang sama. Masa tingkatan 6 rendah sama-sama dapat pegawai tentera tetapi aku menolak atas disebabkan ada masalah. Dia meneruskan semangat dan cita-cita keperwiraannya itu. Aku masih ingat semasa dia menelefon aku pada minggu pertama latihan di PULADA.
"Zam... Seronok kat sini...kalaulah kau ada..." Ya memang cita-cita aku untuk berbakti pada negara. Tapi apakan daya, aku tak mampu melawan kehendak orang tuaku. Sebelum dia berangkat ke Iraq dia kenalkan aku dengan tunangnya. Cantik! Itu yang dapat aku gambarkan tentang tunangnya. Perkahwinan mereka akan berlangsung setelah dia balik dari Iraq. Dua tahun dia di Iraq. Ada juga bila kelepasan dia mendapat cuti dia pulang ke tanah air. Tapi yang paling aku terkejut bila dia memberitahu yang dia putus tunang. Siapa yang tidak terkejut bila melihat seorang yang gagah mempunyai pengalaman tempur di Bosnia menangis seperti orang hilang akal depan aku menceritakan tentang kecewa, pedih dan luka di hatinya. Dia ditinggalkan oleh tunangnya kerana ada orang ketiga. Aku tahu dia terlalu cintakan tunangnya itu. Aku amat pasti.
Dia menyuruh aku mengarang surat kepada tunangnya. Aku menolak. Alasan aku mudah, tunangnya bukan tunang aku. Tapi dia merayu untuk aku menulis surat kepada tunangnya sebab katanya hanya aku yang layak menulis berdasarkan kepercayaan dia dan dia tahu aku selalu mengarang puisi. Pintanya supaya tunangnya mengerti akan cintanya yang luhur dan dia redha ketentuan ilahi. Aku mengalah. Akhirnya aku mengarang surat yang ringkas dan diberikan kepada dia. Dia pulang ke Iraq selepas itu dan aku tahu surat yang aku karang itu diposkan kepada tunangnya. Dan salinan surat itu masih aku simpan pada hari ini. Dan secara kebetulan aku menjumpainya bersama surat lama itu.

******
Assalamualaikum wbt....
Menemui kehadapan Sue yang tersayang semoga Sue dan keluarga berada dalam rahmat Allah hendaknya jua. Untuk pengetahuan Sue, Abang di sini sihat sejahtera sahaja walaupun kadang-kadang batuk-batuk kecil tetapi demi perjuangan bangsa ini abang teruskan jua.
Sue...
Tahukah Sue betapa gembiranya abang bila menerima warkah Sue itu? Terasa butiran-butiran halus pasir di gurun ini tidak sama banyaknya untuk mengambarkan betapa gembiranya abang menerima warkah Sue itu.
Tapi malangnya Sue... isinya membuatkan abang terkedu...terhenyak! Laksana terhempas dari gunung yang tinggi. Mengapa perpisahan yang Sue pinta? Mengapa? Terangkanlah apa kesalahan abang? Apa dosa abang sehingga itu yang Sue pinta?
Sue...
Warkah itu telah merenggut segala kebahagian yang abang nikmati selama ini..mungkin kebahagiaan abang untuk selamanya...Malah semangat abang semakin luntur Sue. Setiap malam abang terasa bagaikan bulan tersenyum sinis...angin seolah-olah berbisik pilu...bintang-bintang kian malap memagari bulan gerhana cinta kita.
Sue...
Masih ingatkah janji Sue pada abang sebelum abang berangkat ke Iraq? Sue berjanji akan menanti biar seribu tahun...biar seluas benua memisahkan kita..biar maut sahaja yang memisahkan kita? Ingatkah Sue semua janji itu...mungkin Sue terlupa..tapi percayalah abang tetap ingat janji-janji itu..biar hancur hati ini bersama hayat abang.
Sayang...
Izinkan abang memanggil Sue sayang untuk kali terakhir....kerana selepas ini Sue bukan lagi menjadi hak abang lagi...Abang sanggup menghadapi peluru-peluru gila tentera yahudi....abang sanggup menghadapi ribut pasir....abang sanggup mengharungi lautan api tapi abang tidak sanggup menghadapi perpisahan ini...Walaupun begitu izinkan abang untuk terus menyemat cinta kita di hati abang yang semakin mati ini.....
Sue...
Setakat ini sahaja coretan abang untuk kali terakhir. Halalkan semua kenangan manis kita untuk abang simpan dalam memori indah. Jangan risaukan abang. Biarpun betapa pedihnya perpisahan ini, abang redha kerana mungkin tiada jodoh antara kita....Kerana abang percaya cinta itu hadir hasil sebuah pertemuan...tetapi bukan semua cinta itu
lahir dari hasil sebuah pertemuan...Setiap pertemuan pastikan berakhir dengan perpisahan tetapi Sue percayalah perpisahan itu bukan bermakna berakhirnya sebuah percintaan...
Sampaikan salam abang untuk bakal suami Sue dan keluarga Sue. Simpanlah cincin pertunangan kita sebagai lambang abadi cinta abang untuk Sue....
Wassalam...

Subscribe to:
Posts (Atom)