Wednesday, October 11, 2006

Ramadan dan Syawal

Sudah hampir Ramadan berlalu, terlalu sekejap rasanya dia menjengah. Selalunya aku pasti akan merinduimu lagi. Bila syawal menjelang sering kali aku terkedu, termanggu. Mungkin kerana rinduku pada ramadan.

Syawal ini, moga-moga muhasabah sepanjang ramadan ini dapat aku lakukan. Merenung kembali diri ini. Kerana perjalanan yang jauh ini semakin pendek saban waktu.

Pekikan Dendam

Tercampakkah aku
pada dinding kekhilafan
bila mana darah-darah
merah pekat, busuk hanyir, panas mengelegak
mulai mengalir pantas, laju
pada parit-parit kotor hati yang
gelap pekat ini mencari silauan
semarak ngauman dendam
sekurun yang lalu bila kau tancapkan
lembing tujuh keturunan nista persis
singa meraung kelaparan!