Thursday, March 01, 2007

Sempena hari Tentera Darat. Aku ingin salut mereka. Kerana mereka tunjang negara.

Derap langkah itu bergema lagi,

Perjuangan yang tidak pernah selesai,

derap yang berpantang maut sebelum ajal.

Pada setiap keringat,

Pada setiap lelah,

Pada setiap darah tertumpah,

Derap langkahmu tetap ampuh

Mempertahankan nusa.

Andai setiap langkah mu,

Andai setiap hela nafas mu,

Andai setiap titis-titis air mata

Isteri, ibu dan anak- anak mu,

Aku pasti tidak berbayar

Dengan semua emas yang disatukan

Oleh anak bangsa ini.

Gagah setia menongkah setiap onar,

Taat setia menentang musuh negara,

Dengan laungan Gempu Wira!

Pengorbanan mu tidak akan ku lupakan.

Sebenarnya perjuanganmu,

Mengangkat maruah dan martabat bangsa ini.

Dan kerana itu derap langkah mu bagaikan

Lagu indah di bumi bertuah ini.

2 comments:

INDERA KENCANA said...

Aku pun salute juga. Terutama buat anggota yang gugur di medan juang. Al-Fatihah untuk mereka...

Engkau ni ke mana, bang..?? Lama hilang. Aku ni bukan apa. Lama-lama tak nampak tu, rindu pulak rasanya..
Cheeewahh...

Sang Perba said...

aku pergi kursus da... rindu yer...alahai terharu den