Tuesday, January 16, 2007

Dialog Sang Perindu

Hari ini
aku dan dia termanggu di pelabuhan sepi ini.

Katanya:
Sejak semalam dia menantikan
khabar berita dari seberang.
Dia sudah terlalu rindu
hingga alpa pada detik dan tika ini.
Nanti...
Dia pasti akan mendapat khabar gembira.

Kataku:
Yang berlalu biarkan pergi
kelak ia akan mengundang duka dan nestapa.

Aku pasti bahtera dari seberang itu
takkan berlabuh di pelabuhan ini
kerana aku sepertinya
ketika dulu
menanti dan terus menanti tanpa pasti.

Kawan pulanglah!
Di sini bukan tempat mu
untuk mengimbau cerita semalam
seharusnya hari ini kita berdiri
untuk penantian hari esok
yang masih samar dan tidak pasti.

Tapi...
Dia masih di situ

katanya:
Semalam dia mendapat khabar gembira
dari sang camar
bahawa bahtera harapan akan
berlabuh dan membawanya
ke pulau impian.......



Gerhana Bulan Seribu Musim

Merenung jutaan bintang berkilauan
bak permata dan intan di angkasa raya
pada gigi-gigi lautan malam pekat
tersedarlah kini aku
bulan sudah hilang sinarnya
mungkin aku yang terlupa
atau dia yang terleka kerana
menjahit seribu keegoan
dan kegagahan silam
cerita-cerita sang pelipur lara
yang tidak bertauliah di pelusuk-pelusuk kampung-kampung zaman silam...
Yang tinggal kini hanya sinar gerhananya untuk sekian tahun
yang dia sendiri tidak pasti.