Friday, December 08, 2006

Surat Lama

Suasana: Terjaga dari tidur lebih kurang pukul 3.30 pagi. Mata tidak mahu lelap.

Aku terjaga dari tidur. Entah kenapa mata masih juga mahu belum mahu lelap. Jenuh sudah aku berpusing kanan dan kiri. Akhirnya aku mengalah. Perlahan-lahan aku turun dari katil terus ke dapur. Mungkin dahaga. Gelas ku isikan air. Perlahan-lahan air ku teguk. Tiba-tiba terpandang mata aku yang bilik stor terbuka. Entah semangat apa yang datang aku tidak tahu. Bilik stor rumah aku seolah-olah memanggil aku untuk dikunjungi. Seingat aku dah dua bulan aku tidak masuk dalam stor. Pintu bilik stor aku buka perlahan. Gelap. Aku meraba mencari suis. Dan bila terang aku aku tertancap dengan sebuah kotak di atas kerusi lama tertulis 'Dokumen-dokumen lama'. Memang aku suka menyimpan dokumen-diokumen lama yang tidak berguna dalam kotak. Sayang untuk dibuang boleh disimpan untuk arkib aku atau kenangan.

Bila aku buka kotak itu. Bermacam dokumen aku simpan, antaranya surat-surat temuduga dahulu sebelum aku menjawat jawatan ini sekarang. Tiba-tiba semasa membelek surat panggilan temuduga lama itu sekeping surat jatuh ke riba aku. Aku angkat surat itu dan aku baca. Ini surat yang pernah aku tulis. Bukan untuk siapa tetapi sekadar luahan hati aku dahulu.
Tiba-tiba aku tersenyum sendirian.

********

Sayang...

Lewat hari ini takkala remang senja mula melabuhkan tirai kamar, awan merah bersinar...ketika sang mentari mula malu untuk menebarkan sinarnya...Aku termanggu di sini sayang, sambil melempar pandangan sejauh mungkin, memerhatikan camar yang entah bila membisikkan cintamu padaku...

Terasa penantian itu sungguh menyiksakan buat insan yang bernama lelaki. Pantai ini pernah menjadi saksi runtuhnya impian agungku untuk memilikimu. Aku tahu, cintaku tak pernah kau tahu lantas kau sudah mempunyai teman yang jauh lebih sempurna malah cintamu ternyata untuknya. Sedangkan aku hanya seekor gagak yang ternyata hina di matamu. Tapi percayalah...cintaku lebih dari yang kau tahu dan tak mungkin kau akan tahu.

Kasihku...

Ternyata cintaku ini hanya bertepuk sebelah tangan. Kau memang ku cinta biarpun aku tahu kita tak mampu untuk bersatu. Melihat wajah mu itu bak aku menatap sebuah potret agung karya pelukis termasyur yang menjadi igauan setiap pencinta seni untuk ditatap pada kamar-kamar indah. Melihat wajahmu itu seperti aku memandang sang pelangi indah setelah hujan lebat melewati lembah kayangan dalam mimpi-mimpi dogeng sang pelipur lara. Memilikimu itu seperti memiliki sebutir berlian di celah-celah permata indah yang tersusun rapi pada istana larangan.
Tapi ternyata kau seperti bunga indah yang tumbuh pada taman larangan untuk manusia sepertiku.

Cintaku...

Izinkan aku untuk bermimpi tentang dirimu takkala aku beradu. Maafkan aku kiranya dalam anganku wajahmu terpalit pada rongga-rongga mimpi ku semalam. Keampunan ini ku pinta kerana aku tahu..aku tak mampu memilikimu... Andainya kau izinkan aku bertapak cukup walau sehari di hatimu...seolah-olah cinta di dunia ini menjadi milikku dan percayalah aku mencintaimu untuk selamanya....

Kekasih...

Andainya kau bisa mengerti semuanya....


4 comments:

INDERA KENCANA said...

Huhuhuhu.... aku mengerti Ahmad Marzu. Jatuh terjelepuk aku membaca surat engkau. Ohh..indahnya bahasa..

Sang Perba said...

indera kencana

semua itu kenangan lama...

Unknown said...

untuk siapa???

kenapa tak pos???

hehe :D

Sang Perba said...

untuk siapa? biarlah ia tersemat dalam memori ini...kenapa tak pos? setem tak jumpa ekekeke