Monday, December 11, 2006

Sahabat dan Surat Dari Iraq

Semalam aku dapat panggilan daripada sahabat lama yang tidak dengar khabar berita. Dia akan berkhawin dengan gadis pilihannya tidak lama lagi. Alhamdulillah. Agak-agak lapan tahun tak berjumpa dengan dia. Kali terakhir yang aku berjumpa dengannya di Kulim, Kedah di sebuah restoran. Ketika itu dia balik kampung dan ingin berjumpa dengan aku sebab dia akan berangkat ke Iraq kerana terlibat dengan pasukan peninjau PPB.

Aku dan dia belajar di sekolah yang sama. Masa tingkatan 6 rendah sama-sama dapat pegawai tentera tetapi aku menolak atas disebabkan ada masalah. Dia meneruskan semangat dan cita-cita keperwiraannya itu. Aku masih ingat semasa dia menelefon aku pada minggu pertama latihan di PULADA.

"Zam... Seronok kat sini...kalaulah kau ada..." Ya memang cita-cita aku untuk berbakti pada negara. Tapi apakan daya, aku tak mampu melawan kehendak orang tuaku. Sebelum dia berangkat ke Iraq dia kenalkan aku dengan tunangnya. Cantik! Itu yang dapat aku gambarkan tentang tunangnya. Perkahwinan mereka akan berlangsung setelah dia balik dari Iraq. Dua tahun dia di Iraq. Ada juga bila kelepasan dia mendapat cuti dia pulang ke tanah air. Tapi yang paling aku terkejut bila dia memberitahu yang dia putus tunang. Siapa yang tidak terkejut bila melihat seorang yang gagah mempunyai pengalaman tempur di Bosnia menangis seperti orang hilang akal depan aku menceritakan tentang kecewa, pedih dan luka di hatinya. Dia ditinggalkan oleh tunangnya kerana ada orang ketiga. Aku tahu dia terlalu cintakan tunangnya itu. Aku amat pasti.

Dia menyuruh aku mengarang surat kepada tunangnya. Aku menolak. Alasan aku mudah, tunangnya bukan tunang aku. Tapi dia merayu untuk aku menulis surat kepada tunangnya sebab katanya hanya aku yang layak menulis berdasarkan kepercayaan dia dan dia tahu aku selalu mengarang puisi. Pintanya supaya tunangnya mengerti akan cintanya yang luhur dan dia redha ketentuan ilahi. Aku mengalah. Akhirnya aku mengarang surat yang ringkas dan diberikan kepada dia. Dia pulang ke Iraq selepas itu dan aku tahu surat yang aku karang itu diposkan kepada tunangnya. Dan salinan surat itu masih aku simpan pada hari ini. Dan secara kebetulan aku menjumpainya bersama surat lama itu.

******
Assalamualaikum wbt....

Menemui kehadapan Sue yang tersayang semoga Sue dan keluarga berada dalam rahmat Allah hendaknya jua. Untuk pengetahuan Sue, Abang di sini sihat sejahtera sahaja walaupun kadang-kadang batuk-batuk kecil tetapi demi perjuangan bangsa ini abang teruskan jua.

Sue...

Tahukah Sue betapa gembiranya abang bila menerima warkah Sue itu? Terasa butiran-butiran halus pasir di gurun ini tidak sama banyaknya untuk mengambarkan betapa gembiranya abang menerima warkah Sue itu.

Tapi malangnya Sue... isinya membuatkan abang terkedu...terhenyak! Laksana terhempas dari gunung yang tinggi. Mengapa perpisahan yang Sue pinta? Mengapa? Terangkanlah apa kesalahan abang? Apa dosa abang sehingga itu yang Sue pinta?

Sue...

Warkah itu telah merenggut segala kebahagian yang abang nikmati selama ini..mungkin kebahagiaan abang untuk selamanya...Malah semangat abang semakin luntur Sue. Setiap malam abang terasa bagaikan bulan tersenyum sinis...angin seolah-olah berbisik pilu...bintang-bintang kian malap memagari bulan gerhana cinta kita.

Sue...

Masih ingatkah janji Sue pada abang sebelum abang berangkat ke Iraq? Sue berjanji akan menanti biar seribu tahun...biar seluas benua memisahkan kita..biar maut sahaja yang memisahkan kita? Ingatkah Sue semua janji itu...mungkin Sue terlupa..tapi percayalah abang tetap ingat janji-janji itu..biar hancur hati ini bersama hayat abang.

Sayang...

Izinkan abang memanggil Sue sayang untuk kali terakhir....kerana selepas ini Sue bukan lagi menjadi hak abang lagi...Abang sanggup menghadapi peluru-peluru gila tentera yahudi....abang sanggup menghadapi ribut pasir....abang sanggup mengharungi lautan api tapi abang tidak sanggup menghadapi perpisahan ini...Walaupun begitu izinkan abang untuk terus menyemat cinta kita di hati abang yang semakin mati ini.....

Sue...

Setakat ini sahaja coretan abang untuk kali terakhir. Halalkan semua kenangan manis kita untuk abang simpan dalam memori indah. Jangan risaukan abang. Biarpun betapa pedihnya perpisahan ini, abang redha kerana mungkin tiada jodoh antara kita....Kerana abang percaya cinta itu hadir hasil sebuah pertemuan...tetapi bukan semua cinta itu
lahir dari hasil sebuah pertemuan...Setiap pertemuan pastikan berakhir dengan perpisahan tetapi Sue percayalah perpisahan itu bukan bermakna berakhirnya sebuah percintaan...

Sampaikan salam abang untuk bakal suami Sue dan keluarga Sue. Simpanlah cincin pertunangan kita sebagai lambang abadi cinta abang untuk Sue....

Wassalam...

3 comments:

INDERA KENCANA said...

Oh.. sebuah lagi surat nan indah. Terlentok aku, bang..
Ko tolong karangkan sebuah sajak cinta untuk aku boleh..??

Unknown said...

nanti kalau saya nak tulis surat, boleh tak, karangkan untuk saya... :)

saya tak pandai tulis. kalau saya tulis mesti direct to the point.. tolong ye..

Sang Perba said...

indera...
sekarang otak tgh berkarat ekeke

aminbakish
boleh...boleh...tapi format pejabat jer yang terer sekarang...ekekeke