Tuesday, December 12, 2006

Cerita Lama

Semalam aku terima panggilan dari sahabat lama aku dari ITM, saja dia bertanyakan khabar berita. Katanya agak lama juga dia tak dapat berbual dengan aku. Almaklum tugasan yang sibuk menjarakkan kami. Selepas berbual tiba-tiba terkenang kembali kenangan lama masa aku belajar di ITM.

Aku dan beberapa sahabat lain memang nakal. Apatah lagi untuk 'mengenakan orang' perkara yang paling indah untuk kami jadikan bualan. Masa aku part 6, aku dan beberapa sahabat telah 'ditendang' keluar oleh pengurusan kolej delima siswa. Mengapa? Biar ini menjadi rahsia kami. Setelah bertungkus lumus akhirnya kami menyewa di seksyen 9. Kami adalah antara penyewa pertama di kawasan itu.

Kami bersembilan menyewa di situ. Aku dengan gaya rock aku, Aroll dengan selambanya, Jang dengan kepala gilanya, Akeem dengan lawaknya, Mus dengan gaya machonya, Pak Non manusia yang tak kisah apapun, Man Thong... tidur adalah hobi azali (sparing partner tido aku nih), Ali jenis mengikut jer akhir sekali fiz tukang jaga rumah.

Al kisah suatu hari selepas pulang dari program 'induction' kira-kira pukul 1.00 pagi, kami terserempak dengan seekor tikus besar di ruang tamu rumah sewa kami. Apa lagi adegan kejar mengejar berlaku antara tikus dan kami. Tikus itu mengalah lantas menyorok di bawah tong gas dapur kami. Aku mengambil penyembur racun serangga. Sebotol aku sembur bawah tong gas sampai aku sendiri hampir pengsan menghidunya!

Keputusannya tikus itu menemui ajal. Bila aku mengangkat bangkai satu rumah bersorak seolah-olah kami baru saja menewaskan seekor raksasa. Bila melihat bangkai tikus itu tiba-tiba tercetus idea aku untuk jadikan hadiah kepada seseorang. Man Thong mencadangkan supaya diberikan pada awek junior yang sombong. Akeem tak setuju...tak thrill...aleh-aleh aku teringat yang esok adalah harijadi member sebatch kitaorang Ayau.

Jadi malam itu kami bungkuskan elok-elok tikus itu dalam kotak...bangkai tikus disembur minyak wangi...dan kotak itu dibalut dengan kertas pembalut hadiah yang cantik... Kini peranan Mus pulak untuk memberikan kotak hadiah itu seperti perancangan aku.

Suruh Mus bagi dekat seorang awek junior yang Mus kenal...pesan Mus suruh awek junior itu tadi berikan kepada budak lelaki kelas Shima. Sebab Shima nih si Ayau tengah aim nak buat awek...suruh budak laki tadi berikan kepada Nina kawan baik Shima untuk berikan pada Ayau...supaya Ayau sangkakan yang Shima berikan hadiah tuh...dan untuk mengelakkan dikesan kami yang memberi hadiah tuh...

Jadi rancangan tuh berjaya...Ayau sangka Shima berikan hadiah harijadi...apatah lagi kad yang kami sertakan itu tercoret nama Shima sebagai pemberi hadiah...Kembang kucup la kawan tuh..ekekeke... Bila dia buka je kotak hadiah melompat si Ayau tadi kerana seekor tikus mati di dalam kotak tuh... Masa dia buka hadiah tuh dalam pukul 1 tengah hari budak-budak tengah ramai melepak kat foyer lif, kerana terkejut Si Ayau telah membaling bangkai tikus tuh pada sekumpulan budak junior perempuan yang sedang menuju ke lif... Apalagi gamat ler bila bebudak tuh bertempiaran lari...

Aku dengan si Aroll memerhatikan dari jauh...bila budak perempuan bertempiaran lari tah macam mana mulut aku cabul menjerit...kebakaran...tolong...api...api...yang bestnya si Aroll pun menjerit benda yang sama...apa lagi siap dengan lecturer pun bingkas lari...kecoh school kejap...hinggakan pak guard datang mengawal keadaan...Dekan aku mengamuk giler hari tuh... Aku dengan bebudak aku apa lagi cabut balik ler...nak mampus tunggu...

Keesokkan harinya bangkai tikus itu aku gantung pada pintu dekan...aku tulis nota bertampal pada bangkai tikus itu.... YANG MEMBAKAR SCHOOL KITA SEMALAM...MAAF DIA TAK SENGAJA...

Dekan= Dia mengamuk betul siap adakan mesyuarat tergempar tapi tiada sebarang tangkapan dibuat...

Ayau= Selepas peristiwa itu hubungan dia dengan Shima mulai rapat dan baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Shima...

Shima= Berterima kasih kepada siapa yang menghadiahkan bangkai tikus kepada Ayau...

Geng seksyen sembilan= Sampai hari ini masih merahsiakan yang merekalah yang memulakan kekacauan...

Aku= Terus tersenyum mengenangkan peristiwa ini...

3 comments:

INDERA KENCANA said...

Engkau...!!
Engkau...!!
Engkau...!!
Jadi engkaulah yang menggantung tikus mati tu kat pintu aku? (Aku la Dekan tu, engkau tak tau ke??)

Masya-Allah, ganas giler budak ni dulu...
(Kesian tikus tu dibunuh cara cenggitu)

Unknown said...

a'ah dahsyat.nasib baik dah besar jadi orang.. :)

Sang Perba said...

indera
mana ader ganas cuma kejam jer...

aminbakish
alhamdullilah