Friday, December 01, 2006

Kisah Lalu


p.s. Gambar ini tiada kena mengena dengan kisah di bawah cuma sekadar gambar hiasan

Malam tadi mata ini terlalu berat untuk terpejam. Entah mengapa diri ini sukar untuk lena. Entah apa yang membuat hati resah dan jiwa berkelodak? Tidak terjawab persoalan ini. Aku bangun dari katil. Jam menunjukkan pukul 3.45 pagi. Iskh..mengapa aku tidak boleh tidur? Tiba-tiba terasa rindu pada teman-teman perjuangan di ITM. Ermm...dengan teman-teman sefakulti memang selalu berhubung rapat tapi, aku terasa kehilangan budak-budak fakulti kejuruteraan atau N'Gine tambah budak-budak Meki.

Ke mana agaknya perginya Cortal, Bob, Ezral, Rizal, Jordan dan budak-budak Hell's Engine yang lain? Agaknya sudah ada anak kut.

Teringat masa dekat foyer menara dulu, asal lalu jer budak perempuan terutamanya budak SS macam burung ler bebudak tuh bersiul. Rindu rasanya nak lepak kat Engine Street. Kadang-kadang masa tengah tension banyak assingment nak release tension konon pergi lepak dengan diorang. Kalau ada budak SS lalu tak kira senior dengan freshie ke kitaorang akan kejar konon-konon salesman..hehehe

"Cik Kak...Cik Kak tunggu...."
"Ye...ada apa.." Perempuan tuh menoleh.
"Kami ada produk yang boleh dikatakan terbaik untuk Cik beli...er..nak beli ke? Tanya aku selamba.
"Jual apa?" Perempuan tuh tanya balik.
"Jual hati dan perasaan!" Jawab aku dengan budak Engine yang lain. Merah padam budak tuh. Kalau nasib tak baik kena ketuk dengan buku. Hehehehe best sungguh zaman ITM dulu.

Tapi projek paling besar dan bodoh aku lakukan dengan diorang ialah memecah masuk lab curi soalan mid term.
Pergh!!! Macam Mision Imposible pulak rasanya. Nasib baik tak kantoi.

Bila tengok gambar Cortal dengan Asral teringat pertaruhan aku dengan diorang berkenaan seorang budak Meki perempuan. Aku tak nafikan budak tuh cantik. Orang Penang dekat kampung aku jugak.


Aku dengan Cortal bertaruh untuk memiliki hati budak perempuan. Kalau aku menang maka dia dengan Asral kena belanja aku selama sebulan. Tawaran yang cukup lumayan waktu student dulu. Aku memulakan langkah dan ternyata aku berjaya. Sebab budak tuh paling liar kat fakulti diorang. entah ilmu apa aku pakaipun aku tak tahu.

Bila aku terasa hubungan aku dengan dia sudah lain coraknya...ala bila sebut selalu rindu...selalu cinta nih aku jadi takut...takut yang pertamanya aku memang tak pernah cinta dia...takut aku menyintai kerana terpaksa.. Jadi aku cuba jauhkan diri.

Entah siapa yang bongkar rahsia aku dekat dia akupun tak tahu. Aku tahu dia dendam dengan aku. Aku dah jumpa dia memohon sejuta kemaafan tapi aku tahu dia dalam hati bencikan aku. Nak buat macam mana dah takdir ye tak?

Entahlah...kadang-kadang aku jadi seorang perindu pada kenangan lalu. Biarpun bukan semua kenangan itu manis untuk ditelan dan aku amat berharap perempuan itu kini sudah bahagia dengan suami tau kekasihnya. Cuma pohon ku satu maafkan kesalahan ku untuk sekian kalinya...

3 comments:

bluecherry @ fai said...

hi, lintas kawat dr GEJU..

Welcam.

Nostalgia, sesuatu yang kita simpan, kendong, pegang, ingat, tersenyum dan sengih.. he he.

Unknown said...

weh, nakalnya kau dulu.... patutla akak senior panggil ko setan... cam Ali setan tu ye... :D

pepun, semoga budak pompuan tu maafkan kau. bolehlah tido sampai subuh. Peace!! :D

retroparadoks said...

Assalamualaikum
Beb, pekabar lama gue tak dengar citer...he..he... Allhamdullilah dah ada anak ek..:) Mis danik ku cayangs apa khabar kirim salam rindu ek..dekat kakak tersayang ku..:) Ok geng selamat menyambut raya haji tak lama lagi..:)

salam rock
janjirock