Monday, November 27, 2006

Hujan Dipagi Ahad

Suasana: Seawal subuh pagi ahad. Keadaan yang cukup hening (mengantuk)


Jam berbunyi. Nyaring. Mata aku tercelik. Gelap!. Aku meraba-raba mencari jam. Sambil sebelah tangan menggaru kepala. Baru pukul 5.45 pagi. Mengantuk sangat. Aku lihat isteriku sedang memeluk anak. Ermmm... Dulu aku, sekarang anak aku pula tempat dia memeluk. Biarkan asal kasih sayangnya masih tertumpah penuh buatku. Jam sudah ku matikan bunyinya. Bukan apa takut anak aku terjaga susah. Payah sungguh aku hendak meninggalkan katil. Aku perlu segera. Aku capai tuala. lampu bilik air aku buka kerana tadi aku masih dalam kegelapan. Selesai mandi terus aku mengadapNya.

"Sayang... bangun sayang, subuh..." Bisikku perlahan takut puteraku terjaga tidur. Biarlah anakku tidur lena.

"Eh... dah pukul berapa?" Tanya manja. Aku tunjukkan jam. Isteriku terus bangun.

"Kena mandi tau... jangan lupa..." Aku ingatkan isteriku.

" Yang abang kacau semalam siapa suruh?" Marahnya manja. Aku ketawa. Terus aku ambil baju batik nampak gaya perlu digosok. Pukul 8.30 pagi Menteri nak melawat kawasan. Nak tak nak aku kena ikut sebab arahan bos aku.

"Aik dah sembahyang?" Tanya aku lagi. Cepatnya gumamku.

"Dah..." Ringkas jawapannya.

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kenapalah hari Ahad nak melawat kawasan, hari kerja lain tak boleh? Hati aku berdesis. Marah. Hari jumaat baru sahaja berjanji hendak melawat MAHA kat Serdang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ahhh! Persetan dengan menteri. Diakan ada pegawai khasnya. Jabatan aku tidak ada kena mengena dengan lawatannya. Bukankah ada pegawai lain yang akan ikut. Bukan aku seorang sahaja. Ligat akal mencari alasan. Ahh! Esok boleh aku fikirkan. Suis lampu aku tutup. Dari seluar aku tukar ke kain pelekat. Katil destinasi tujuanku.

"Eh... abang tak jadi pergi kerja ke?" Isteriku kehairanan bila aku kembali berbaring sebelahnya.

"Malas la sayang...lagipun sejuk...hujan." Jawabku sambil tersenyum memandangnya. Dan aku yakin selepas tidurku ini pasti aku kena mandi lagi sekali.

5 comments:

Faridt said...

Aku suka baca ayat "Yang abang kacau semalam siapa suruh?" haha, lawak siut!..biasalah sabtu ahad lah kita nak meluangkan masa dgn isteri, lebih2 lagi dimusim dingin sekarang melanda di Malaya ni. Mandi berapa kali pun takpe, asalkan bahaggggggggiaaaaaa..

Sang Perba said...

ya betul ekekeke....

Aku Bukan Bidadari said...

hahaha..jadi tak sempat lar ke MAHA??

Sang Perba said...

tak sempat pun...

INDERA KENCANA said...

Err.. aa (blur). Apasal kena mandi sekali ye..?? Hehehehe..

Salam Perkenalan..