Tuesday, December 05, 2006

Hidup Perlu Kreatif

Bila berbual telefon dengan adik aku yang duduk dekat maktab nun jauh di Perlis berkenaan assignment yang banyak. Teringat masa zaman di ITM, Shah Alam dulu. Adik aku bertanya macam mana nak tangani masalah nih. Dengan jawapan seorang abang aku jawab senang jer usaha kan tangga kejayaan. Latihan membuat insan itu sempurna. Nak tak nak kena terima. Ada keluhan kecil yang ku dengar pada hujung telefon bimbitku. Kesian pulak dekat adik perempuan aku nih pulak (walaupun selalu aku mengguris jia dia).

Mengimbau sejarah aku semasa bergelar mahasiswa merupakan zaman yang paling manis selepas zaman sekolah aku. Zaman sekolah mengajar aku erti berdikari, zaman mahasiswa mengajar aku erti dewasa.

Semasa di ITM rutin harian aku adalah tidur. Teman sebilik aku mengatakan aku raja tidur di Kolej Delima 6 setakat yang dia tahu. Mana tak nya malam aku jadi burung hantu. Malam banyak projek yang aku buat dengan Gojem takpun Noman dua sahabat aku tak tak sempat menamatkan pengajian dengan aku. Gojem aku jumpa kat Bukit Aman dah jadi Inspektor Polis, Noman pulak jadi guru di Terengganu.

Memang dah jadi kegemaran aku nih kuat ponteng kelas malah kadang-kadang hampir seminggu aku tidak menjejakkan kai kat School. Dekan selalu memarahi aku. Tim. Dekan terkejut bila jumpa aku semasa konvo dia ingat aku kantoi. Semasa semester 6 dia ajar aku paper Mass Media dan yang tak best lagi dia adalah supervisor Thesis aku. Aku nih kira pelajar bermasalah dulu kat ITM, kalaulah mak aku tahu luluh hati dan perasaan dia...nasib baik dah lepas.

Nak saja aku bagi petua macam mana nak buat assignment dengan cemerlang kat adik aku. Tapi aku risau takut dia tak termampu buat. Lagipun menggunakan kepakaran yang luar biasa. Aku dulu kalau assignment yang sukar dan peratusan markahnya tinggi aku akan buat macam nih.

Pertama, ajak dua member kamcing sehidup semati untuk bersama anda. Kedua, pinjam laptop atau notebook ingat pakej ini mestilah bersama printer. Ketiga cari dawai penyangkut baju.

Lepas itu pergi ke pejabat pensyarah itu ketika warga kampus sedang tidur. Jika ada lif di bangunan itu jangan gunakan sebab pak guard akan tahu kehadiran anda. Sampai ke pejabatnya gunakan dawai itu tarik keluar kertas kerja yang member anda dah buat melalui bawah pintunya. Pilih 3 yang terbaik gunakan laptop itu untuk salin dan buat kesimpulan dari 3 assignment yang dipillih itu print di situ pastuh hantar mengikut bawah pintu. Penting 3 assingment yang anda tiru mesti di masukkan kemudian. Hehehe kan siap. Sahabat anda menjaga takut-takut pak guard datang. Hehehe kalau tak kena cekup pasti anda akan score gila khinzir punya.

Tak percaya? Aku dah buat banyak kali....hidup perlu kreatif beb! Tapi semua itu tinggal kenangan....

No comments: