Tuesday, April 03, 2007

Rahsia

(gambar ini tiada kena mengena dengan cerita!)
Rahsia? Siapa yang tidak pernah berahsia. Aku? Memang banyak rahsia yang aku simpan. Sejak dari sekolah menengah lagi banyak rahsia yang aku simpan dan sedikit demi sedikit terbongkar. Paling terbaru, rahsia aku dengan rakan-rakan memecah masuk ke bilik guru untuk mendapatkan soalan bocor ketika aku tingkata tiga dahulu. Memang kecoh ketika itu sampai pengetua membuat perangkap tetapi terkena kepada orang lain. Rupanya sahabat yang bersengkongkol dengan aku terbuka cerita dengan Cikgu Zaiton yang kini menjadi rakan sepeguruannya di sebuah sekolah sekitar Kulim, Kedah. Kecilkan dunia?

Cuma rahsia ini belum terbongkar. Hanya aku, Arol dengan Akeem sahaja yang tahu. Rahsia seorang yang bernama Chip! Bermula kisahnya disebuah rumah sewa di Shah Alam ketika aku masih bergelas seorang mahasiswa. Ketika itu aku menjalani sessi praktikal di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Praktikal kami semasa semester kelima pengajian. Semasa menjalani praktikal kebanyakkan kami dibekalkan oleh tempat praktikal dengan telefon bimbit untuk memudahkan kerja kami. Enam bulan lamanya. Ketika itu sesiapa yang mempunyai telefon bimbit boleh dikatakan hebat. Almaklumlah telefon bimbit ketika itu barang mewah.

Pada petang ahad, Akeem telah pulang ke rumah sewa dennga bangganya dia menunjukkan telefon bimbit yang diberikan oleh tempat praktikal kepada aku.

”Zam, canggih tak tepon aku nih?” Dia kemudian duduk sebelah aku diruang tamu ketika aku tengah membaca komik Pedang Setiawan yang baru aku dapat rebut daripada Man BM (Bukit Mertajam). Rakan-rakan serumah lain sibuk dengan assingment masing-masing ada juga yang berdating.

”Waseh...sempoi beb!” Aku teruja melihat telefon model Motorola Flip terbaru itu (kalau sekarang malu aku nak pakai). Aku terus membelek.

”Kau ada no telefon Zara tak?” Tiba-tiba Akeem bertanya.

” Ada, kenapa?” Telefon tadi mula bertukat tangan kembali kepada tuannya.

”Aku ada hal dengan dia la....nak tanya pasal program hari keluarga school kita sem depan.” Ah lagak Presiden Kelab masih terbawa-bawa ngomel aku.

”Nah...” Aku memberikan nombor tersebut. Akeem terus mendail dan menghubungi Zara. Zara ialah rakan sekelas aku semasa di ITM. Aku dan dia jarang berkomunikasi, mungkin sebab aku yang terlalu ‘peramah’ dan amat nakal semasa di ITM.

”Hello... Assalamualaikum...Akeem nih...” Aku mendengar perbualannya.

”Hah? Tak percaya? Akeem ni...ok..ok..saya Chip...mana dapat nombor ni? Ala Zam yang bagi...tak percaya tanya Zam....Alamak dia off la pulak...” Akeem mengeluh.

”Oii...apsal kau tipu budak tu?” Aku tak faham.

”Dah aku cakap betul-betul dia main-main pulak...ambik ubat batuk!” Akeem tertawa besar. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama ZARA di skrin.

”Hello?”

”Apsal kau bagi nombor aku dekat orang lain?” Aik marah pula minah ni, hati aku mula panas. Mana tidaknya salam tak beri, hello pun tidak ada. Akal aku mula berdetik untuk mengenakan minah ini.

”Ala sorry la...dia minta bersungguh-sunguh nak kenal dengan kau..” Aku mula berbohong. Akeem merah padam muka menahan ketawa.

”Macam mana dia kenal dengan aku, dia tu siapa?” Zara mula ingin tahu.

Aku mula membuat hikayat. Aku cerita daripada A hingga Z (semua itu tipu belaka). Chip ialah anak kepada majikan tempat aku praktikal (kiranya anak orang kaya ni). Umur tua tiga tahun. Kerja model sambilan (kira kacak la tu). Chip jatuh hati denga Zara bila melihat gambarnya dalam album gambar aku ketika itu kami bergambar ramai-ramai satu kelas semasa satu lawatan ke rumah anak yatim di Kuala Selangor.

Pelik tapi benar. Dia percaya. Dia termakan dengan cerita-cerita aku. Bermula saat itu. Akeem mendukong watak utama sebagai Chip. Aku pengarah dan penulis skrip serta watak pelakon pembantu manakala Arol penjaga kesinambungan cerita agar ia benar-benar tulen tidak nampak penipuan.

Kerana ingin sangat menipu kami terpaksa daftar satu talian untuk Akeem yang baru agar Zara tidak syak. Almaklumlah satu School. Hampir setahun projek ini berjalan sehingga pada malam MPG (Malam Pra Graduan) aku rasa sudah sampai waktunya untuk cerita ini ditamatkan. Aku rasa amat berdosa bila aku tahu, rupa-rupanya Zara benar-benar jatuh cinta. Zara selalu minta agar dapat bertemu dengan Chip. Tapi kami reka alasan untuk tidak berjumpa. Kadang-kadang kami biarkan dia menunggu ’Chip’ berjam-jam di komplek PKNS Shah Alam kemudian baru telefon tidak dapat datang kerana ada pengambar iklan di tempat tertentu. Memang kasihan. Tapi aku hormat dekat Zara. Aku rasa dia amat setia dan tidak pernah memarahi ’Chip’.

Kami akhir cerita dengan mengatakan ’Chip’ dipaksa menyambungkan pelajaran ke US oleh kedua orang tuanya. Dia akur kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan bakal menerajui perniagaan keluarganya satu hari nanti.
Ayat terakhir yang aku karang dalam skrip ini rupanya menyentuh kalbu Zara.
Dengan suara Akeem yang memang merdu didengar (Akeem pernah berkerja sebagai DJ disebuah stesyen Radio terkenal di Malaysia).

” Zara percayalah perpisahan ini hanya sementara dan bukan berkahirnya perhubungan kita... tapi Chip percaya kiranya Zara bertemu insan yang lebih baik dari Chip, Chip redha dan Chip akan lebih bahagia kalau pilihan Zara itu nanti dapat membahagiakan Zara...” Aku dan Arol memang selalu berada dengan Akeem setiap panggilan yang Zara buat. Akeem beritahu pada perbualan terakhir ini terdengar esaakan dihujung talian.

Perancangan kami memang teliti. Sampai hari ini Zara masih tidak tahu yang ’Chip’ hanyalah satu watak rekaan yang tidak pernah wujud di alam nyata ini. Pernah juga aku cuba hendak memberitahu tentang penipuan ini, tapi aku takut. Sebab ini melibatkan hati dan perasaan. Sekarang Zara berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat mintak terkenal di dunia. Masih sendirian. Dari teman-teman yang lain dia masih keseorangan. Mungkin menanti ’Chip’ aku tidak tahu. Mungkin cintanya masih menebal dengan ’Chip’ aku tidak tahu. Cuma aku tahu rahsia ini masih tersimpan di dalam hati tiga manusia. Entah bila aku akan membuka rahsia ini. Aku sendiri tidak tahu. Kalau boelh biarlah keluar dari mulut kami bertiga.

10 comments:

Unknown said...

memang hantulah en. jerangkung ni... sampai hati buat Zara macam tu. Kalau dari dulu dah dijelaskan duduk sebenarnya kan bagus. mungkin perit tapi sekurang2nya Zara tau kebenarannya. Kesian dia... Ah.. saya bencilah en. jerangkung ni...

Sang Perba said...

aminbakish
sebenarnya selepas menulis cerita ini aku rasa terasa amat berdosa lantaran kerana itu semalam aku tekad untuk menceritakan rahsia ini kepadanya. Aku telefon dia sebelum aku balik kerja dan menceritakan segala-galanya. Alhamdullilah... rupanya selepas malam MPG tu Akeem dah cerita kepada dan dia amat memaafkan aku...sebenarnya dia juga ada rahsia... rupanya dialah secret admire aku selama ini...alahai...oleh yang demikian janganlah benci aku...waktu itu aku amatlah jahilnya...tobat aku tak buat lagi...

Iman Mawaddah said...

Kisah ini mengingatkan saya semasa zaman pengajian saya..juga di bandaraya anggerik hehe.

Saya terkena macam Zara. Bezanya saya sedikit brutal kot..saya pulak pasang perangkap sebab saya syak budak lelaki tu ada dalang di sebaliknya. Budak lelaki tu menipu dia student Sunway college..tapi bila ditanya bertubi2 dia tak dapat bagi jawapan yang memuaskan. Kemudian satu hari, kawan saya call no hp budak laki ni menggunakan no telefon public dan minta bercakap dengan classmate kami yang juga housematenya. Budak laki ni tak perasan agaknya lansung dia menyerahkan hp nya kepada classmate kami. Hehe kantoi.

Rasa nak marah pada mulanya pun ada juga. Tapi mengenangkan tu semester akhir dan saya pun tak de la jiwa kacau..saya anggap itu hanya gurauan. Dan budak laki itu minta diteruskan hubungan tetapi saya halang awal2 sebab perjalanan dia dalam dunia pelajaran masih jauh. Walaupun kami sebaya. Lagipun dia harapan keluarga. Saya tak mau tumpuannya pada pelajaran terganggu.

hehe panjang pula komen saya..

INDERA KENCANA said...

MPG engkau buat kat mana? School aku tak buat, tapi Delima lak yang sponsor. Buat kat Kelab Golf SAAS. Malam tu aku suka giler sebab aku menang Lucky Draw...

Sang Perba said...

indera
masa kat kelab SAAS tuh aku ader a...o kau menang yer cisss!!! aisehman apsal kita tak kenal?

Sang Perba said...

opss lupa MPG aku kat hotel Nikko kalau sekarang dah jadi bluewave dah..kat shah alam

iman
ooo nasib baik kau tuh cekap sebab yang kelentong tuh pun satu tak pro langsung ekekeke

Iman Mawaddah said...

Untungnya u all ya..MPG masih wujud. Zaman saya zaman duit kering. MPG tak de. Tapi menariknya diganti dengan convention kerjaya.

Danni said...

huhhh jahatt sungguh

khairyn said...

Bagus! Kamu ada rasa bersalah hahahaha.

oh oh ingat zaman telefon bimbit baling anjing mati. Masuk poket penuh dengan dia saja. Tapi tetap bagussss... jatuh berkali-kali masih boleh buat panggilan.

kakLuna said...

Zara ni dengarnya dah kawin dgn Raja Nazrin kan?hehe :)