Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Bab 2 Aku, Dia dan Liverpool


BAB 2

“Ok…Aku chow dulu bai…”  Jerit Azad yang mengenakan helmet di atas motosikal mengangkat tangan kepada Apai.  “Jumpa lusa wey!” Laungnya lagi kepada Apai yang kini berada di tangga betul-betul hadapan pintu automatik lobi.  Apai sekadar melambai tanpa menoleh dengan isyarat ‘peace’.

            Dinner mereka tamat setelah Apai mendapat panggilan dari Tawel yang menyatakan Perdana Menteri akan hadir ke tempat kejadian dalam pukul 4.00 pagi bagi meninjau proses mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Ulu Langat.  Segera Apai menelefon ‘anak buahnya’ di lapangan agar siap-sedia.  Nasib baik Tawel memberitahu Apai terlebih dahulu senang dia mengarah skop berita yang akan dilaporkan kelak.  

Memang senang kalau sahabat-sahabat menjadi ‘orang kuat’ di dalam media Kerajaan.  Lont sudah jadi ‘orang besar’ di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Mat Zam pula ‘orang kuat’ RTM merangkap ‘musuh ketat’ kerja Apai.  Aroll pula di TV3, menjadi ‘musuh’ Azad dalam erti kata mengikut kehendak ‘stake holder’ masing-masing.  Entah mengapa kenangan ITM menjelma kembali.  

Amira!  Arghh…Nama itu perlu dibuang jauh-jauh.  Tapi bila teringatkan pesanan Tawel yang mengingatkan ‘mesyuarat mingguan’ mereka di Joe’s dia menelan air liur.  Pasti agenda ‘Bila Azad nak kawin’ akan disebut dalam mesyuarat ataupun terkandung dalam ucapan aluan Pengerusi Mesyuarat.  Adesss…Dan nama Amira itu pasti berkumandang dengan kurang merdu dari mulut Tawel dan Erwin yang sejak zaman ITM suka sangat menyakat.  Kalau tengok gaya mereka dan juga aku ketika zaman ITM tentu tak masuk akal dengan kerjaya sekarang.  Azad tersenyum.  Memori lalu menjengah di sudut kalbunya. Sebut pasal Erwin baru dia teringat Kad Perakuan Media miliknya akan tamat tempoh minggu depan.  Kena sound Erwin sebab dia Pengarah di Bahagian Media, Jabatan Penerangan Malaysia salah satu agensi yang menyelia pergerakkan media dan mengeluarkan Kad Akredasi Media di negara ini.

            Uish dah dekat 3.30 pagi, nasib baik esok…eh hari ini aku cuti.  Rancangan Azad sangat mudah serta simple.  Sampai di rumah terus mandi lepas itu layan siaran ulangan mana-mana games Barclays Primere Leuge di Astro kalau bosan layan lagu Megadeth.  Tunggu hingga subuh, selepas solat dalam pukul 7.00 pagi baru layan mata.  Dalam pukul 12.30 hari bangun dan terus pergi ke bengkel di Seksyen 25 tengok kereta sambil-sambil pergi makan tengah hari di Kedai Mek dekat seksyen 16.  Lama juga aku tidak ke sana. Boleh pekena Mee Udang. Lepas itu?  Nak pergi mana? Perancangannya mati tiba-tiba.  Aiseh nampak gayanya balik rumah sambung kuak lentang atas katil la... lagipun dia dah lama tidak ambil cuti.  Rehatkan minda!

            Motosikal dihidupkan dan dengan segala perancangan esok dirakam kemas dalam mindanya Azad memecut keluar dari Kompleks Penyiaran TVZ.  Nasib baik adiknya cuti semester.  Azim yang kini dalam tahun akhir dalam bidang perubatan di UiTM merupakan anak kedua dalam keluarganya.  Memang agak jauh perbezaan umur mereka kira-kira enam tahun.  Dan adik bongsunya Aziah yang kini berada di USM dalam bidang Farmasi tahun pertama.  Mereka hanya tiga beradik tetapi hubungan sangat rapat.  Azad tersenyum sendiri.  Adik-adiknya lebih kepada jurusan perubatan sedangkan dia aliran sains social.  Jauh berbeza.

            Azad ,memberhentikan motosikal setibanya dia di simpang empat lampu isyarat sebelum tiba ke rumahnya kerana lampu merah.  Jangan langgar lampu merah, nanti makan tak habis pesan Lont kepada Azad.  Kalau kena saman, mandatori dan paling malang kalau kena langgar…pergh boleh makan kenduri beb! Ye la kalau dah aruah, kenduri tahlil jawabnya.  Moral of the story, patuhilah undang-undang jalan raya.  Anda mampu mengubahnya!

            Azad melihat jam di tangannya.  Sudah pukul 4.00 pagi.  Patutla jalan sunyi sepi.  Kalau tidak sibuk nak mampus. Gumam Azad sendirian. 
“Bila nak hijau ni…”

Gummmmmmm!

Azad merasa dirinya seperti terbang di awangan.  Macam superman!.  Sedar-sedar dia sudah meniarap di atas tar jalan.  Otaknya terasa berpusing ligat.  Kewarasannya memberi tahu yang dia sudah dilanggar atau dalam erti kata lain. KEMALANGAN!

“Adeh!!!”  Azad mengeluh.  Dia segera menyentuh belakangnya.  Fuhh lega! Beg sandang masih kejap melekat di belakang badannya.  Kalau tidak mahu dia melolong menangis mengenangkan nasib komputer ribanya itu jika bersepai.  Nasib baik wiser helmet menjadi penyelamat.  Kalau tidak habis muka kacak ini.  Ramai yang beri tahu yang rupa dan susuk tubuhnya seperti Remy Ishak, pelakon yang tengah meningkat naik.  Sumpah! Bukan masuk lif tekan sendiri.  Wardah! Ya… Wardah yang bagi tahu.  Iskhh… tengah sakit macam ini masih berkhayal Encik Azad!.  Tiba-tiba otaknya kembali waras.  Mungkin ini dinamakan trauma kemalangan kut ataupun penangan sup kambing dekat Joe’s tadi.

“Cis! Malaun mana hentam aku ni?”  Azad mula panas hati.  Dia cuba bangun.  Terasa tangan kirinya begitu sakit.  Azad berpusing duduk bersila di tengah jalan menghadap kereta yang melanggar atau lebih tepat istilah yang patut digunakan merempuhnya tadi .  Dari silau cahaya lampu kereta yang melanggarnya dia melihat tayar belakang motosikal adiknya itu berbentuk nombor lapan.

Kerana rasa sakit di tangan kirinya Azad meraba tempat sakit yang ketara sekali di bahagian siku.  Berdarah!  Wah banyak! Ala mesti kena jahit.  Ala..ini yang aku tak suka.  Azad menguatkan semangat.  Dia berdiri dan cuba mengangkat motosikal adiknya.  Digagahi menolak motosikal itu ke tepi jalan.  Kerana sakit badan terutama di tangan kirinya dia terduduk kembali.

“Encik Ok?”  Azad mendengar suara.  Perempuan!  Azad cukup yakin perempuan ini yang merempuhnya tadi. Ini yang buat Azad skeptical dengan pemandu wanita.  Ya buktinya jelas…Aku terbang di atas tar hari ini dalam sejarah. 

Perempuan tadi menghampiri Azad.  Mungkin kerana dia rasa bersalah kepadanya fikir Azad.
“You buta ke?”  Azad bersuara marah.  Dan dia masih mengerang sakit.  Azad akui memang terasa sakit betul di tangan kirinya.
 “Encik ok tak?  Maa…” Azad tergamam!  Sudah! Perempuan itu pengsan! 
 “Aku yang sakit dia yang pengsan!”

Monday, October 17, 2011

Aku, Dia Dan Liverpool


PROLOG
Cinta itu bukan milik  kita mutlak tetapi adalah milik Dia Maha Pencipta

Permandangan dari KL Sentral ke KLIA dihayati sepenuhnya.  Sayu matanya memandang luar tingkap ERL yang bergerak pantas sepantas hela nafasnya.  Sesekali matanya memandang  sepasang kekasih yang bersenda gurau berada di duduk di hadapannya.  Alangkah bahagianya mereka,  tidak seperti aku.  Entah keberapa kali dia mengeluh kecil.  Permandangan waktu pagi ini sangat sayu.  Dia sedar tiada siapa yang akan menghantarnya ke KLIA.  Hatinya begitu sayu sekali.      

            Keluarganya agak sedikit membantah ketika dia menyatakan yang bersetuju menjadi responden dan ketua Biro TVZ di United Kingdom.    Tapi baginya biarlah dia berhijrah kerana penghijrahan ini menjadi satu titik permulaan kepada satu penghidupan yang baru.  Dia sudah serik. Serik untuk bercinta.  Ya memang dia merajuk dan patah hati.  Masa satu-satunya pengubat yang paling mujarab buat masa ini. 

             I-podnya memainkan lagu Killswitch Engage sebuah kumpulan yang amat diminatinya sekarang tapi yang paling malang sekali lagu yang berkumandang bertajuk My Curse sungguh ironikan?

My Curse

I watched you walk away
Hopeless, with nothing to say
I strain my eyes
Hoping to see you again

This is my curse (the longing)
This is my curse (time)
This is my curse (the yearning)
This is my curse

There is love burning to find you
Will you wait for me?
Will you be there?

Your silence haunts me
But I still hunger for you

This is my curse (the wanting)
This is my curse (time)
This is my curse (the needing)
This is my curse

There is love burning to find you
Will you wait for me?

And still I want
And still I ache
But still I wait
To see you again

Dying, inside, these walls

And I see your face in these tears
In these tears
And I see your face...

There is love

Cinta itu sungguh indah.  Memang tidak dinafikan terlalu indah.  Dunia cinta itu selalunya membuai setiap insan.  Tapi wujudkah cinta sejati?  Selalunya cinta pertama itu cinta yang sukar dilupakan.  Perlu diingatkan kadang kala cinta itu boleh bertindak kejam dan membunuh.  Sudah banyak cerita dan kisah yang kita dengar dan malah kita melihat dengan mata kepala kita sendiri satu perjuangan cinta terbujur kaku di kala hampir mengapai bahagia.  Malah ramai sudah terkorban kerana cinta.

Cinta tidak perlu bersatu?  Satu frasa yang sangat kejam.  Cinta pasti membawa bahagia? Satu impian? Tapi yang pasti cinta padaNya adalah cinta kudus.  

Perjalanan cinta ada yang berliku dan payah untuk ditafsirkan.  Kadang-kadang perjalanan cinta itu terlalu terlalu panjang dan malangnya sudah ditakdirkan kehendakNya untuk tidak bersama.  Kadang-kadang perjalanan cinta itu terlalu singkat kerana kehendakNya jua. Dan kadang-kadang perjalanan cinta kita itu tidak pernah singgah di mana-mana hati seorang insan.