Wednesday, September 10, 2008

Aku dan Komuter

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sebenarnya banyak membawa godaan kepadaku terutama sekali mengenai kesabaran. Sejak harga minyak naik kenderaan utama aku untuk ke pejabat adalah komuter dan LRT. Kesabaran banyak teruji di sini. Seingat aku hampir setahun aku menggunakan pengangkutan awam.

Pengangkutan Awam...ermmm...bagi aku tak efisen di negara ini terutama komuter. Sudah banyak sekali pengalaman aku dengan kelewatan komuter ini. bila lewat maknanya komuter terpaksa mengangkut 'trip' yang tertinggal kerana kelewatan. Jadi boleh kita bayangkan tren yang penuh dengan umat manusia apatah lagi ketika waktu beban puncak ketika pagi untuk ke pejabat dan petang untuk balik ke rumah. Nasib baik aku pernah dan mempunyai pengalaman dengan bas mini wilayah suatu ketika dahulu. Aku tak dapat bayangkan manusia bersesak-sesak terutama kanak-kanak dan warga emas. Kasihan.

Komuter waktu perjalanan sekarang 20 minit sekali. Bayangkan kalau lewat sejam? Berapa banyak umat manusia yang tiba dan terpaksa mengangkut 3 'trip'? Kadan-kadang kalau difikirkan sudah menjadi perkara biasa untuk komuter tiba lewat. Kalau lewat seperti tiada tindakan kepada perkara yang melewatkan perjalanan komuter tersebut. Kalau rosak komuter kenapa tidak diganti dengan tren yang lain? Entah aku tidak pasti. Kalau di negara maju nescaya mereka yang bertanggungjawab kelewatan sesuatu perjalanan pengangkutan awam mungkin dipecat malah CEOnya akan bertanggungjawab kerana kejadian seperti itu. Entahlah aku makin tidak faham...

Alangkah baiknya sekiranya gerabak komuter itu ditambah dari 3 ke 5 dan perjalanannya selang 10 minit ketika beban puncak dan pada waktu bukan beban puncak kembali kepada 20 minit. Tambah-tambah ketika umat islam berduyun-duyun untuk pulang daripada pejabat untuk berbuka puasa bersama keluarga. Sekadar cadangan sahaja...

4 comments:

Masy said...

negara kita masih baru nk bermula ttg komuter. huhu kesian kesian

Sang Perba said...

mas
betul tuh,,,terasa hampeh

indera kencana said...

Haku setuju benor tu Zam..
Kalo dah berimpit2 macam nasi impit tu, lagi banyak dosa yang dapat, kan? kan? kan?

Ko balik raya bila? Balik Tepen ke..??

Sang Perba said...

indera
tu la pasal...takut terpegang yang tak patut pegang...tp dah terpegang sori jer le nak wat camner ekeke...aku balik SP dulu pastu baru tepeng...