BAB 1
Azad tersandar di kerusi. Suasana pejabat semakin gelap. Dia melihat jam tangannya, sudah pukul 11.30 malam. Hiruk pikuk sepanjang hari seperti tiada penghujungnya kini sepi. Dari biliknya menerusi dinding kaca Azad merenung jauh ke arah ruang kiub-kiub yang menjadi stesen bekerja di pejabatnya, Bahagian Produksi dan Majalah. Diam tak diam sudah tiga tahun dia berjaya menjadi Ketua Bahagian ini. Masih ada seorang dua pekerja yang sedang sibuk. Baru Azad teringat yang dia sedang menunggu emel bosnya dari Hong-Kong. Harap-harap bosnya sudah membaca emelnya semalam. Azad kembali merenung komputernya. Ya, tertera emel bosnya dalam inbox emel Azad.
Salam…
Thanks Azad. Brilliant paper work. Proceed with a research and we
Will discus it after I come home from Hong Kong. Lagi satu, DVD Kompilasi
Kumpulan Beyond yang kau nak aku dah jumpa…See u!
Azad tersenyum.
“Yes! Akhirnya DVD Kompilasi Kumpulan Beyond menjadi milikku!” Terkeluar jeritan kecilnya. Nasib baik dia berada dalam bilik di pejabatnya kalau tidak tentu ada yang memandang serong kepadanya. Tambahan lagi dia adalah antara Ketua Bahagian yang glamour di Stesen TVZ. Sedang asyik meraikan kejayaan bosnya mendapat DVD Beyond untuknya tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia merenung Iphonenya. Tertera satu mesej.
Woi! Tak lapar ke?
Azad tersenyum membacanya. Siapa lagi yang sanggup mengganggu detik-detik bahagianya selain daripada manusia yang bernama Khairul Nizam Jamaluddin atau Apai merangkap Editor Kanan di Bahagian Berita Stesen TVZ yang juga sahabat baiknya sejak dari ITM lagi.
“Cis ini yang aku menyampah, baru nak celebrate ada saja yang menganggu”. Getus Azad. Belum pun sempat Azad membalas mesej kepada Apai. Iphonenya berdering. Sah nama Apai tertera di skrin.
“Woi! Hang tak lapaq ka?” Suara Apai memecah corong pembesar suara telefon bimbitnya.
“Lapar la ni..”
“Habis tu dah tak reti-reti nak memenuhkan perut?” Perli Apai.
“Ok..Ok... kat mana?” Tanya Azad.
“Ala belasah je kat Joe’s…” Cadang si Apai. Azad berfikir sejenak. Joe’s, sejak dia dan Apai mula berkerjaya di Stesen ini dah masuk dekat sedekad tu. Di situlah tempat dia, Apai dan rakan sekerjanya melepak. Nak kata makanannya sedap. Boleh la tapi bab minuman memang ada kelas di Joe’s. Bak kata Tawel rakan seperguruan di ITM yang kini bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri ‘terangkat beb!’
“Ok set. Jumpa di Lobi.” Azad bersetuju.
“Beres!”
Butang merah di panel telefon bimbitnya ditekan. Dia segera bangun dan memasukkan telefon bimbitnya dalam poket kanan seluar jeansnya. Suis komputernya ditutup, kemudian dia mengambil beg yang berisi MacBook Pro komputer ribanya . Bagi Azad itulah jiwa dan nyawanya. Mana tidak dari kertas kerja terbaru, lagu-lagu trash metal kegemarannya sehingga ke anime Jepun Masterpiece siri terbaharu, semuanya di dalam komputer ribanya. Dia bergegas keluar dari pejabatnya takut – takut Apai menunggu lama. Beg itu disandang kemas oleh Azad.
“Mak ai laju nampak?” Langkah Azad terhenti di salah satu kiub ketika kakinya melangkah ke pintu lif. “ada dating ke?” Sambung suara itu lagi. Azad tahu itu suara Wardah seorang Penolong Penerbitnya. Berwajah ayu ala-ala gadis melayu terakhir di muka bumi. Rambut melepasi bahu. Mata bundar dan menjadi rebutan di TVZ.
“Tak adalah Wardah…nak jumpa Encik Khairul kejap…dia ajak dinner…” Ikhlas Azad menjawab. “Yang you tak balik lagi kenapa?” Azad pula bertanya kepada Wardah.
“Ada research sikit nak buat…Kan Encik Azad juga yang suruh…” Azad terus menepuk dahinya. Macam mana boleh lupa? Akhirnya Azad tersenyum. Mungkin aku dah makin tua? Azad berbisik sendirian.
“Ok Wardah saya chow dulu…Kalau dah siap research tu maklumkan terus pada saya or e-mail me…” Wardah hanya mengangguk faham. Azad segera ke lif. Pejabatnya yang berada di tingkat empat manakala pejabat Apai di tingkat Enam.
Stesen TVZ berada di Kompleks Penyiarannya sendiri di Shah Alam. Sesuai dengan kedudukkan Stesen yang menerajui penyiaran di Malaysia maka kompleks lengkap diperlukan agar Stesen TVZ tidak membazir menyewa mana-mana premis untuk studio dan ruangan pejabat dan ini ternyata menjimatkan kos. Tambahan kakitangan Stesen TVZ memang terbukti professional dalam bidang mereka.
Ting! Terbuka sahaja pintu lif Azad terpandang Apai yang sedang muka kelat seperti kalah main judi sedang bercekak pinggang menantinya
.
“Kau pernah dengar ungkapan masa itu emas?” Terpancul soalan dari mulut Apai bila Azad menghampiri.
“Kau pernah dengar orang makan kasut tak?” Azad membalas kembali soalan Apai. “Ada news value tau? Tambah lagi kalau yang makan kasut tu Editor Kanan TVZ.” Tambah Azad sengaja membakar hati Apai yang tengah membara marah kerana perutnya tidak dipenuhi lagi.
“Kau tahu dah berapa ekor cacing kerawit aku mati…dah tu ada yang mogok pulak…” Mereka terus ketawa. Menyedari ada mata memandang di lobi terutama wartawan-wartawan syif malam yang sedang berlegar-legar di lobi Stesen TVZ mereka segera tutup mulut. Maklumlah mereka adalah orang penting di TVZ. Kena tunjukkan teladan yang baik.
“Kereta kau ke kereta aku?” Tanya Apai ketika mereka melewati pintu di lobi.
“Kereta masing-masing la… Aku nak terus balik rumah…Esok cuti beb!”
“Ok set…Aku lambat balik la hari ni…” Apai memberitahu. “Kes tanah runtuh petang tadi dekat Rumah Anak Yatim di Ulu Selangor…tengah tunggu budak-budak aku hantar latest news…” Sebagai Editor Kanan di Bahagian Bilik Berita TVZ memang tugas Apai menjadi Koordinator antara wartawan di tempat kejadian dan Bilik Berita yang bakal ke udara dengan berita-berita terkini yang telah disunting oleh Apai sesuai dengan kehendak TVZ untuk muncul di kaca televisyen seluruh Malaysia malah dunia.
Persaingan dengan stesen stesen televisyen yang lain menjadikan tugas Apai lebih mencabar dalam mencari maklumat yang menjadi rebutan antara pesaing mereka. Ternyata selalunya TVZ mendahului. Kerana itu TVZ menjadi stesen televisyen No. 1 pilihan rakyat Malaysia.
“Alamak!” Azad menepuk dahinya. Apai kembali merenung muka Azad.
“Adeh…Naper Pok Jak? Mesti forgeting something ni?” Apai memberhentikan langkah betul-betul pintu masuk lobi.
“Aku lupala…Aku bawa moto la hari ni..” Apai berkerut muka.
“Awat dengan kereta hang?” Apai bertanya tidak puas hati. Perutnya makin mencerut lapar. Seingat Apai dia hanya bersarapan sahaja pada hari ini.
“Aku hantar kereta aku pergi cat balik.” Azad menggarukan kepala. “Bukan kau tak tahu kereta aku kan terguris luka di pintu kanan bahana mat motor yang sengaja jealous dengan kereta aku…” Sekali lagi Apai berkerut muka. Bukan dia tidak tahu yang calar itu tidak sampai seincipun!
“Bila hang hantaq?” Soal Apai kembali.
“Pagi tadi…” Ringkas jawapan Azad. Mereka kembali bergerak ke tempat parkir kereta.
“Hang rembat moto sapa?” Apai kembali bertanya. Ye la, setahu si Apai, Azad mana ada motosikal. Sejak dari zaman belajar di ITM dahulu. Hobi berjalan sambil mendengar lagu trash metal. Earphone mesti melekat di dua-dua belah telinga. Dan sekarang diam tak diam Azad sudah mendaki tinggi dalam bidang penyiaran. Siapa tidak kenal Mohd Azad Nordin. Perancang Program Televisyen yang selalu mendapat rating tertinggi di Malaysia. Dalam diam Apai mengagumi Azad. Tapi bila mengenangkan kisah mereka di ITM Apai mengelengkan kepalanya. Ah! semua itu kisah silam.
“Woi! Apa kau ingat aku ni penyamun ke?” Lamunan singkat Apai terhenti. “Moto si Azim la adik aku… kan dia cuti sem sekarang…” Panjang lebar Azad memberi penjelasan.
“Bila boleh ambil kereta hang tu?”
“Tengokla…dalam minggu depan?”
“What? Minggu depan? Takan sembuq cat tempat calaq sikit tuh minggu depan baru nak siap?” Seperti polis Apai kembali menyoal.
“Satu body la bai…”
“Calaq sikit hang hentam satu body cat balik?” Sekali lagi Apai mengelengkan kepala. Kerja gila!
“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…” Azad ketawa. “Tapi mengenangkan kosnya kopak juga duit aku…”
“Sahih warna merah…” Apai meneka.
“Ya,! The Reds!”…You’ll Never Walk Alone!” Azad terus menjerit.
“Kepala hangguk hang!” Apai menutup mulut Azad. Sewel! Bungkam Apai.
Beberapa pengawal yang terkejut mendengar jeritan kuat Azad hanya mengelengkan kepala melihat telatah mereka berdua. Mereka tahu dalam dunia penyiaran ini tekanan kerja begitu hebat malah ramai yang melepaskan tekanan dengan menjerit dan perkara ini adalah perkara yang biasa di TVZ.
Azad dan Liverpool tidak dapat dipisahkan. Kalau ada Kos untuk peminat tegar Liverpool di mana-mana Universiti di atas muka bumi, Apai yakin JPA pasti menukarkan status pinjaman Azad kepada hadiah biasiswa kerana GPAnya pasti four flet! Sebut sahaja siapa pemain lagenda dari tahun 50an hingga zaman sekarang pasti di hujung jarinya. Dan yang pasti Azad kini makin teruja bila King Kenny menjadi Pengurus pasukan kegemarannya
“So macam mana ni? Perut aku makin lapaq?” Tanya Apai kembali. “Macam ni lah, hang naik dengan aku…sat ni aku hantaq la hang balik sini…senang…”
“Boleh tahan otak kau ni bai… Aku pun…” Satu tumbukan singgah di lengan Azad. “Adus…” Azad menjerit kecil. Azad tahu tumbukan itu sekadar gurauan. Kalau betul mahu tumbang dia. Apai memang tinggi dan besar agam orangnya sepsis orang arab.
“Apa hang ingat otak aku otak udang ka?” Apai ketawa.
“Ok aku ikut saja… tapi jangan culik saya ye…tak rela…” Azab membuat suara lembut.
“Oit geli aku…jom aku dah lapaq betui a….” Azad terus mengekori Apai ke keretanya. “Moto hang parking mana?” Tanya Apai.
“Tuh!” Azad cuma memuncungkan mulut ke arah motosikal Honda EX-5 adiknya yang diparkirkan mengantikan keretanya. Apai tertawa kecil. Nasib baik kau tu bos kalau pekerja lain mahu kena rantai.